• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Perak Mahu Menteri Lihat Sendiri Empangan Bukit Merah

oleh Ahmad Albab
26/04/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Kerajaan negeri berharap Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim melihat dan menilai sendiri kedudukan paras air di Empangan Bukit Merah yang semakin susut kesan daripada fenomena El Nino.

Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata pihaknya telah dimaklumkan mengenai lawatan Shahidan untuk meninjau kawasan yang terjejas dengan cuaca panas.

“Setiausaha MKN (Majlis Keselamatan Negara)(Datuk Seri Alias Ahmad) terdahulu menjelaskan (bencana alam) bukan lagi di bawah bidang kuasanya dan menegaskan bahawa ia terletak di bawah bidang kuasa unit bencana baharu yang ditubuhkan di Jabatan Perdana Menteri.

“Unit mana sekalipun, kita mengharapkan menteri berkenaan dapat turun dan melihat sendiri dan membuat penilaian terhadap keadaan yang berlaku kini,” katanya kepada pemberita.

Beliau menyaksikan majlis menandatangani memorandum perjanjian kesepakatan akademik antara Kolej Universiti Islam Sultan Azlan Shah (KUISAS) dan London School of Business and Management, di sini hari ini.

Ia ditandatangani oleh Rektor KUISAS, Tan Sri Prof Dr Nordin Kardi dan Pengarah London School of Business and Management, Robert Hartley.

Zambry berkata penyelesaian segera perlu dijalankan kerana ia melibatkan petani yang berhadapan dengan kesukaran mendapat bekalan air untuk penanaman padi mereka.

“Langkah segera perlu dibuat termasuk langkah bagaimana untuk kita bantu pesawah yang berada di kawasan tersebut yang dianggarkan terjejas sekitar 5,000 hektar.

“Kerajaan persekutuan boleh mengisytiharkan bencana bagi membantu golongan pesawah dan mereka yang terjejas pendapatan.

Kerajaan negeri telah memberi maklum balas kepada kerajaan persekutuan dan pengisytiharaan bencana adalah di bawah unit bencana kerajaan persekutuan,” katanya.

Jelas beliau, Empangan Bukit Merah merupakan tempat tangkungan air bagi kawasan sawah padi di daerah Kerian dan berada di bawah perancangan Kerian dan Sungai Manik.

“Kawasan itu sendiri digunakan untuk pengairan air di daerah Kerian dan tentunya apabila berlaku masalah ia akan memberi impak yang besar kepada kawasan tersebut,” kata Zambry.

Sementara itu beliau menegaskan tiada cuti umum di Perak pada 6 Mei ini sebagaimana yang tersebar di laman sosial.

“Hebahan cuti tersebut adalah tidak benar sama sekali dan ia merupakan kenyataan yang dikeluarkan tahun lepas bersempena Istiadat Pertabalan Sultan Perak Sultan Nazrin Shah.

“Cuti pada 6 Mei telah menjadi kontroversi dan pihak setiausaha kerajaan negeri telah mengeluarkan kenyataan bahawa ia sama sekali tidak benar,” katanya.

Beliau meminta semua pihak tidak lagi menggunakan kenyataan tersebut kerana dikhuatiri akan mengelirukan masyarakat.

Semalam Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Abdul Puhat Mat Nayan turut memberitahu Bernama tiada cuti umum di Perak pada 6 Mei depan.- BERNAMA

Tags: Zambry Abdul Kadir
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Zambry Setuju Moratorium Pelawaan PPT Swaakreditasi Dilaksanakan

Zambry Setuju Moratorium Pelawaan PPT Swaakreditasi Dilaksanakan

20/04/2024
0

PUTRAJAYA : Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir, bersetuju moratorium pelawaan Pemberi Pendidikan Tinggi (PPT) Swaakreditasi dilaksanakan bagi...

Zambry Dilantik Setiausaha Agung BN Baharu

09/06/2021
0

KUALA LUMPUR - Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dilantik sebagai Setiausaha Agung Barisan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd