• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, August 8, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bukan Lagi Maxis, Pelanggan Teramai Telco Kini Milik Digi

oleh AK-47
26/04/2016
dalam Hangat, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KEDUDUKAN Maxis yang selama ini selesa sebagai syarikat telekomunikasi pilihan utama rakyat Malaysia telah dirampas oleh jenama yang popular dengan maskot orang kuning, Digi.

Carta ini diperoleh menerusi keputusan audit bagi suku pertama 2016 yang dibentangkan Digi.Com Bhd menunjukkan mereka kini memiliki 12.34 juta pelanggan (10.43 juta pengguna prabayar / 1.9 juta pascabayar) sekaligus mengalahkan Maxis.

Digital News Asia melaporkan, Digi mengalami 5.5 peratus pertambahan berbanding keseluruhan jumlah pelanggan mereka pada tahun lepas.

Bukan Lagi Maxis, Pelanggan Teramai Di M'sia Kini Milik Digi

Maxis yang berdepan dengan pelbagai isu melibatkan pengguna kebelakangan ini pula, berada di tempat kedua dengan 12.31 juta pelanggan.

Maxis Didakwa ‘Pilih Bulu’ Pengguna Setia Ugut Mahu Curang

Apa yang menarik, pilihan rakyat pada masa kini diambil alih syarikat telekomunikasi yang bermula sebagai talian ‘underdog’ berbanding jenama Maxis yang lebih kukuh bertapak.

Bagaimanapun, Digi sememangnya telah melakukan penambahbaikan yang bersungguh-sungguh dan drastik terhadap khidmat 4GLTE hingga kawasan litupan mereka telah mencecah 73 peratus daripada populasi negara.

Bagi LTE-A pula kawasan litupan Digi merangkumi 33 peratus populasi negara. Pada tahun lepas Digi telah melabur sebanyak RM904 juta untuk jaringan telefon bimbit dan mengeluarkan dana RM171 juta hanya untuk perbelanjaan bagi suku pertama 2016.

Buat masa ini Digi dan Maxis sahaja yang telah mengumumkan laporan suku pertama 2016.

Sebuah lagi syarikat telekomunikasi popular negara, Celcom dicatat mempunyai 12.25 juta pelanggan pada tahun lepas. Apakah laporan suku pertama bakal menyaksikan mereka berada di tangga pertama, kedua atau seterusnya?

Apa yang pasti ‘Kisah Maxis dan Pelanggannya’ harus dijadikan iktibar kepada pengusaha syarikat telekomunikasi pada hari ini supaya jangan terlalu galak mengejar keuntungan hingga bermain silap mata untuk menyedut duit pengguna.

Maxis Tawar 5GB Data Free, Gara-Gara Hilang Sejuta Pelanggan?

Pada zaman informasi di hujung jari, para pengguna boleh menaikkan dan menjahanamkan sesuatu perniagaan dalam sekelip mata sahaja. Bersainglah secara sihat menerusi pakej dan tawaran harga paling berbaloi dan anda pasti meraih untung besar tanpa dicerca pengguna secara beramai-ramai di alam maya.  – MYNEWSHUB.CC

Tags: DiGiMaxisTelco
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Babak Filem Porno Yang Sebenarnya Berlaku Di Alam Nyata

Next Post

Lucut Darjah Kebesaran Hak Sultan, Tak Gambarkan Krisis Politik

Related Posts

Telco Boleh Tawar Harga Pakej Lebih Rendah

Telco Boleh Tawar Harga Pakej Lebih Rendah

05/02/2023
0

Kuala Lumpur : Kadar harga Pakej Internet Perpaduan yang diumumkan kerajaan hanyalah garis asas bagi syarikat telekomunikasi dalam menyediakan perkhidmatan...

Enam Telco Setuju Laksana 5G Di Malaysia

Enam Telco Setuju Laksana 5G Di Malaysia

30/06/2022
0

PUTRAJAYA : Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa mengesahkan enam syarikat telekomunikasi (telco) akan mengambil kepentingan ekuiti dalam...

Next Post

Lucut Darjah Kebesaran Hak Sultan, Tak Gambarkan Krisis Politik

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd