• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Wow! Inilah Rupa Supercar Pertama Buatan Malaysia

oleh AK-47
26/04/2016
dalam Hangat, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KIRA-KIRA 11 tahun lalu, industri automotif Malaysia pernah digemparkan dengan kemunculan Esna Venere, nama yang dimomokkan sebagai supercar pertama Malaysia.

Esna Vanere adalah hasil cetusan idea Enasports Sdn Bhd, sebuah syarikat yang diasaskan oleh seorang usahawan bernama Esmail Naziadin.

Esnasports pada asalnya dirancang untuk dipertontonkan kepada umum pada acara Geneva Motor Show 2006 dan diuji ketika Le Mans 24 Hours Endurance Race, juga pada tahun yang sama.

Wow! Inilah Rupa Supercar Pertama Buatan Malaysia

Wow! Inilah Rupa Supercar Pertama Buatan Malaysia

Kereta ini dikatakan dihasilkan dalam kuantiti terhad 150 unit sahaja dengan 20 unit dilaporkan sudah mula ditempah pada tahun berkenaan dan dijual pada harga sekitar RM500,000 – RM800,000 seunit.

Bagaimanapun disebabkan kematian pengasasnya, projek Esna Vanere ditamatkan serta merta dan hanya menjadi sebahagian daripada sejarah permotoran negara.

kete1

keta2

Sejak itu, tiada siapa yang mampu menyiapkan kereta ini dan projek Esna Venere terkubur begitu sahaja.

Bagi kami, agak malang sekali projek istimewa seperti ini tidak diteruskan kerana jika Esna Vanere direalisasikan, ia pastinya menjadi kereta ikonik kebanggaan Malaysia yang berkemungkinan mampu mencabar nama-nama besar dalam industri sport car yang lain seperti Porsche dan Ferrari.

keta3

Spesifikasi Esna Vanere dilengkapi enjin 3.0 liter enam silinder supercharged dipadankan dengan pilihan transmisi enam-kelajuan manual atau automatik yang mampu menghasilkan kuasa setinggi 300 hingga 350 hp.

Ia mampu mencecah kelajuan tertinggi sehingga 300km. Kereta ini juga amat ringan dengan berat hanya 1,080kg disebabkan penggunaan bahan komposit seperti aloi chromoly, aluminium sarang lebah dan gentian karbon.

Sistem suspensinya pula menggunakan teknologi double wishbone yang ditala oleh pakar tempatan dan luar negara.

Mungkinkah ada anak Malaysia yang mampu menyambung visi Esmail Naziadin ini suatu hari nanti? – MYNEWSWHUB.CC

Sumber: Autobuzz

Tags: Anak Malaysiakeretakereta mewah
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Kanak-Kanak 3 Tahun Nyaris Maut, Tercampak Keluar Kereta Dipandu Bapa

Kanak-Kanak 3 Tahun Nyaris Maut, Tercampak Keluar Kereta Dipandu Bapa

07/04/2025
0

LIPIS : Seorang kanak-kanak berusia tiga tahun dipercayai tercampak dan tercicir dari kereta yang dipandu bapanya di KM 7, Jalan...

Langgar Bahu Punca Pergaduhan Pekerja Kilang

Dua Ditemui Mati Dalam Kereta Di Parkir Stesen Minyak

27/02/2024
0

KUANTAN: Seorang lelaki dan wanita ditemukan meninggal dunia dalam sebuah kereta berkunci di kawasan parkir sebuah stesen minyak di Jalan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd