• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 28, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Benarkah Harga Nissan Note Nismo Serendah RM59 Ribu?

oleh AK-47
27/04/2016
dalam Hangat, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEJAK beberapa minggu lalu, tersebar beberapa gambar berkenaan spesifikasi dah harga terbaru Nissan Note Nismo yang mana membuatkan ramai netizen berminat untuk memiliki serta mengetahui lebih lanjat tentang model kereta ini.

Tidak dinafikan, ianya mempunyai rekabentuk yang sangat menarik dan mampu memikat pandangan hanya kali pertama melihatnya.

Ditambah pula dengan tanda harga RM59,400 sebuah, begitu ramai yang bertanyakan soalan berkenaan benarkah harga yang ditawarkan adalah begitu rendah, yang mana jika ianya benar, pastinya membuatkan pemandu Myvi SE merasa sedikit terkilan.

nism note2

nismoking

Sebelum segala persoalan anda terjawab, mari kita lihat akan spesifikasi Nissan Note ini yang telah dilancarkan di Jepun sejak pertengahan tahun 2012 lagi.

Nissan Note merupakan sebuah kereta mini MPV yang setara kategori dengan model Honda Jazz, Perodua Myvi dan Proton Iriz dalam segmen B (sedan bersaiz kecil).

Nissan Note yang berada di pasaran pada waktu ini merupakan model generasi kedua selepas generasi pertama pada tahun 2005.

Berkenaan Model Nissan Note Nismo yang sedang hangat diperkatakan netizen pula, ia telah dilancarkan di Jepun dengan harga 1.95 million yen (RM59,400) dan model Note Nismo S pula berharga 2.2 milion yen (RM68,300).

Nissan-Note-Nismo-Live-0004

E12-141010-27-e1413232445204

nismo

Versi Nismo ini merupakan penaiktarafan daripada versi asal Nissan Note, yang mana pelbagai ciri-ciri menarik diterapkan seperti gril kustom dibahagian hadapan dan bampar belakang yang telah diubahsuai agar lebih aerodinamik.

Nissan berkata, pasukan Nismo telah menentukan jenis tayar, suspensi dan juga ciri aero yang bersesuaian untuk dipadankan dengan model Note Nismo ini di mana penggunaan sistem suspensi yang sedikit rendah agar lebih stabil sewaktu membelok.

Tempat duduk bucketseat juga telah ditampilkan pada model Nismo S sebagai elemen standard, dan pilihan bagi versi Nismo. Manakala tempat duduk Recaro juga turut ditawarkan sebagai pilihan.

Berbalik kepada harganya, kini jelaslah tawaran tersebut adalah harga jualan di Jepun dalam nilai ringgit pada waktu itu dan bukannya harga di Malaysia.

Jadi sekiranya ia dipasarkan di Malaysia, harganya pasti tidak akan menjadi serendah RM59,400 yang mana spesifikasi kendaraaan itu adalah dalam lingkungan harga Honda Jazz iaitu dari RM70 ribu ke RM90 ribu atau mungkin lebih mahal setelah dikira dengan cukai sedia ada.

Sementara itu, pihak Tan Chong Motors, iaitu pembekal dan pengedar rasmi model Nissan di Malaysia telah mengumumkan bahawa model Nissan Note ini akan mula dipasarkan pada penghujung tahun 2014 namun sehingga kini ianya gagal direalisasikan.

Mereka masih tidak mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi tentang model Nissan Note ini untuk pasaran Malaysia.-MYNEWSHUB.CC

Tags: harga keretajepunkeretaNissan
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Tegas, Adil, Tepati Masa Faktor Senator Kagumi Abu Zahar

Next Post

“Terima Kasih Kerana ‘Membabikan’ Saya…”

Related Posts

Kanak-Kanak 3 Tahun Nyaris Maut, Tercampak Keluar Kereta Dipandu Bapa

Kanak-Kanak 3 Tahun Nyaris Maut, Tercampak Keluar Kereta Dipandu Bapa

07/04/2025
0

LIPIS : Seorang kanak-kanak berusia tiga tahun dipercayai tercampak dan tercicir dari kereta yang dipandu bapanya di KM 7, Jalan...

Guru Sambilan Warga Malaysia ‘Kantoi’ Curi Kad Kredit, Puluhan Ribu Wang Tunai Di Jepun

Guru Sambilan Warga Malaysia ‘Kantoi’ Curi Kad Kredit, Puluhan Ribu Wang Tunai Di Jepun

18/02/2025
0

OSAKA: Seorang cikgu sambilan dari Malaysia ditahan kerana mencuri kad kredit dan wang tunai berjumlah puluhan ribu yen ketika berlangsung...

Next Post

"Terima Kasih Kerana 'Membabikan' Saya..."

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd