• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 28, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

El Nino: KADA Yakin Pengeluaran Beras Tak Terjejas

oleh Ahmad Albab
24/04/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU – Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) yakin pengeluaran beras di negeri ini tidak terjejas teruk walaupun berdepan fenomena El Nino ketika ini.

Anggota Lembaga Pengarahnya Datuk Hanapi Mamat berkata pihaknya telah membuat beberapa perancangan agar aktiviti penanaman padi seluas 19,000 hektar di negeri ini tidak terbantut dengan fenomena cuaca itu.

“Antara perancangan yang disusun termasuklah pelan mitigasi di mana kita melepaskan air secara berjadual ke kawasan penanaman padi bagi mengelak bendang kering.

Kawasan terbabit pelan mitigasi tersebut merangkumi Bahagian Tebing Timur iaitu Kubang Kerian dan Ketereh membabitkan 6,000 petani,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis penutup Program Kecemerlangan dan Kecerdasan Kada 2016 di Kompleks Belia dan Sukan Panji di sini, hari ini.

Hanapi berkata di Bahagian Tebing Barat merangkumi Pasir Mas dan Tumpat melibatkan 3,000 penanam padi tidak bermasalah kerana pembinaan empangan rendah kini hampir siap.

Beliau berkata empangan berkenaan yang dimulakan pembinaannya sejak dua tahun lepas berjaya meningkatkan paras air Sungai Kelantan kepada 1.8 meter sehingga membolehkan Rumah Pam Kada di Lemal, Pasir Mas beroperasi dengan baik. – BERNAMA

Tags: berasEl Nino
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

AADC 2 Kembalikan Nostalgia Cinta-Rangga Selepas 14 Tahun

Next Post

Populariti Adenan Jadi Faktor Kemenangan Besar BN

Related Posts

Isu Sama Ada Harga Beras Dinaikkan Diputuskan Beberapa Bulan Lagi – Menteri

Isu Sama Ada Harga Beras Dinaikkan Diputuskan Beberapa Bulan Lagi – Menteri

07/06/2024
0

SERDANG : Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) sedang melaksanakan perbincangan dengan pihak berkaitan mengenai cadangan menaikkan harga siling beras...

Syor Subsidi Bersasar Beras Untuk B40

Syor Subsidi Bersasar Beras Untuk B40

07/05/2024
0

PASIR PUTEH : Harga beras sedia ada adalah yang distruktur pada 2008, masih kekal pada kadar RM2.60 sekilogram (kg). IKUTI...

Next Post

Populariti Adenan Jadi Faktor Kemenangan Besar BN

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd