• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 25, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Maxis Tawar 5GB Data Free, Gara-Gara Hilang Sejuta Pelanggan?

oleh AK-47
24/04/2016
dalam Utama & Sensasi
124
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Maxis Bhd menambah peruntukan RM1.3 bilion tahun ini untuk memperluas infrastruktur rangkaian generasi keempat (4G) evolusi jangka panjang (LTE) yang menyamai jumlah peruntukan bagi tahun lepas.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Morten Lundal berkata Maxis yang kini adalah peneraju dari segi jumlah populasi liputan dengan 2.2 juta pengguna atau 74 peratus daripada pengguna 4G di seluruh negara.

Bagi suku pertama tahun ini, Maxis membelanjakan kira-kira RM160 juta bagi tujuan perbelanjaan modal dengan sebahagian besarnya untuk mempertingkat infrastruktur berkaitan.

“Rangkaian LTE kami kukuh di semua bandar utama Malaysia selain turut diperluaskan ke bandar kecil lain,” katanya pada majlis pelancaran pelan MaxisONE yang dipertingkatkan, di sini, Jumaat.

BACA: Lebih Sejuta Pelanggan Dilapor Tinggalkan MAXIS

Pada majlis itu, Lundal turut mengumumkan ciri-ciri baharu untuk pelanggan MaxisONE, termasuk pelan peningkatan automatik dengan kuota tambahan 5 gigabyte (GB) sebulan bagi aplikasi tontonan video dan ciri baharu ‘New DataPools.’

Sementar itu, Ketua Perniagaan Pengguna, Dushyan Vaithiyanathan, berkata pelan itu bukan baharu sebaliknya dipertingkatkan bagi membolehkan pelanggan menikmati lebih banyak data pada harga sama seperti sebelumnya.

“Kami mendapati trend semasa adalah penggunaan data bagi tujuan menonton video. Malah dengan adanya tambahan 5GB itu, mereka memiliki akses bagi aplikasi video seperti I-Flix, Viu, ErosNow dan Hopster.

“Jika mahukan lebih banyak data untuk menonton video, mereka boleh mendapatkan pas video pada harga RM5 untuk tambahan (kuota) 5GB lagi,” katanya.

BACA JUGA: Maxis Didakwa ‘Pilih Bulu’ Pengguna Setia Ugut Mahu Curang

Awal bulan ini, Maxis mengumumkan langkahnya untuk mempertingkat semua pelan MaxisONE sedia ada yang merangkumi lebih sejuta pelanggan, termasuk membolehkan mereka menikmati jumlah kuota data lebih tinggi pada harga sama.

Pelanggan MaxisOne dengan pelan 1GB kini akan menerima 5GB, 3GB (10GB), 5GB (15GB) dan 7GB kepada 20GB.

Mengulas DataPools, beliau berkata ciri baharu itu akan membolehkan pelanggan berkongsinya dengan pengguna peranti lain selain menggunakannya di luar negara, menikmati panggilan antarabangsa tanpa had dan perkhidmatan sistem pesanan ringkas (SMS).

“Ia kini ditawarkan di negara-negara ASEAN dan akan diperluaskan ke Asia Pasifik dalam masa tiga hingga empat bulan dan seterusnya ke bahagian lain dunia.

“Bagi kami, semua ciri-ciri ini mempunyai pelan nilai daya saing ke atas rangkaian 4G Malaysia. Para pelanggan turut memaklumkan yang mereka menikmati pengalaman lebih baik dengan Maxis dan ini membolehkan bahagian pasaran kami meningkat pada tahun akan datang dan seterusnya,” katanya. — BERNAMA

Tags: MaxisTelco
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Wayne Rooney Atlit Bawah 30 Tahun Paling Kaya

Next Post

D’Herbs Sahkan Taja Pasukan Kedah RM30 Juta

Related Posts

Telco Boleh Tawar Harga Pakej Lebih Rendah

Telco Boleh Tawar Harga Pakej Lebih Rendah

05/02/2023
0

Kuala Lumpur : Kadar harga Pakej Internet Perpaduan yang diumumkan kerajaan hanyalah garis asas bagi syarikat telekomunikasi dalam menyediakan perkhidmatan...

Enam Telco Setuju Laksana 5G Di Malaysia

Enam Telco Setuju Laksana 5G Di Malaysia

30/06/2022
0

PUTRAJAYA : Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa mengesahkan enam syarikat telekomunikasi (telco) akan mengambil kepentingan ekuiti dalam...

Next Post

D'Herbs Sahkan Taja Pasukan Kedah RM30 Juta

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd