• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Batal Lesen Rayani Air Jika DCA Tak Puas Hati Penjelasan – Liow

oleh Ahmad Albab
23/04/2016
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR GAJAH – Lesen perkhidmatan udara dan sijil pengendali udara syarikat penerbangan Rayani Air akan dibatalkan jika Jabatan Penerbangan Awam (DCA) tidak berpuas hati dengan penjelasan mengenai operasi syarikat itu.

Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata tindakan berkenaan akan mengambil kira pelbagai faktor termasuk kebolehan atau keupayaan syarikat penerbangan patuh syariah pertama Malaysia itu untuk meneruskan operasi mereka.

“Kita masih memberi peluang kepada Rayani Air memberi penjelasan kepada DCA berhubung isu yang timbul sepanjang operasinya bagi tempoh tiga bulan ini sebelum tindakan lanjut diambil.

“Ketika ini kita masih lagi mengadakan perbincangan dengan Rayani Air dan setakat ini kita belum mendapat maklumat lanjut untuk sebarang tindakan terhadap syarikat itu,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan ‘Karnival Teguh Bersama’ di Machap Baru di sini hari ini.

CEO Rayani Air Janji Bayar Gaji, Mahu Pecat Staf Mogok

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas perkembangan penggantungan sementara Sijil Operator Udara (AOC) Rayani Air selama tiga bulan berkuat kuasa 11 April lepas.

Penggantungan sementara tersebut dikeluarkan DCA selepas syarikat yang baharu beroperasi pada Disember lepas itu mengumumkan menggantung operasi penerbangan mereka sendiri tanpa kebenaran DCA pada 8 April lepas.

Mengulas kegagalan Rayani Air menjelaskan tunggakan gaji pekerjanya, Liow berkata aduan itu boleh disalurkan kepada pihak berkuasa yang diwujudkan kerajaan bagi melindungi hak pekerja antaranya Jabatan Perhubungan Perusahaan.

Beliau berkata pekerja syarikat berkenaan juga berhak mengambil tindakan undang-undang sekiranya ia adalah jalan penyelesaian terhadap kegagalan majikan menjelaskan tunggakan gaji mereka.

Dalam perkembangan lain, Liow berkata Malaysia, Australia serta China komited meneruskan operasi pencarian pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 sehingga meliputi keseluruhan 120,000 kilometer persegi kawasan selatan Lautan Hindi.

“Saya telah mengarahkan jawatankuasa teknikal terus mengadakan mesyuarat dengan dua negara ini untuk mempercepat pencarian MH370 di kawasan selatan Lautan Hindi dan operasi berkenaan juga akan mendapat sokongan dan bantuan Mozambique dan Afrika Selatan,” katanya.

Dilaporkan operasi pencarian pesawat MH370 di selatan Lautan Hindi telah meliputi lebih 100,000 kilometer persegi dan dijangka berakhir pada Jun atau Julai ini.

Pesawat MH370 yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal hilang daripada imbasan radar semasa dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing pada 8 Mac, 2014. – BERNAMA

Tags: DCARayani Air
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Bekas CEO Rayani Air Peluk Islam

25/09/2019
0

PASIR MAS - Bekas Ketua Pegawai Eksekutif Rayani Air, Ravi Alagendran, 52, memeluk Islam selepas mengucap dua kalimah syahadah di...

Pesawat Ringan Terhempas Tiada Kebenaran Terbang

15/10/2017
0

MELAKA - Pesawat ringan jenis GT500 Microlight yang terhempas di Sungai Mati di sempadan Melaka dan Johor di sini semalam...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd