SEHANGAT cuaca yang melanda negara sekarang ini, kecoh di media sosial tentang kenaikan kadar tarif elektrik yang tercatat dalam bil berganda daripada penggunaan biasa.
Kebanyakan pengguna yang tidak berpuas hati dengan kadar tarif elektrik yang melambung naik dari kebiasaan membandingkan resit yang diterima dari Tenaga Nasional Berhad (TNB) untuk bulan semasa dengan terdahulu.
Perkara itu menjadi viral di laman Facebook TNB Careline apabila ramai yang bertanya dan meluahkan rasa tidak puas hati dengan jumlah bil semasa yang perlu dibayar.
“To tnb!saya sudAh 10 Tahun buat aircond and professional in machine theory ..memang cuaca panas akan buat aircond high amp tapi takan tinggi lebih 25amp so average normal satu rumah include peti sejuk,lampu,Dan lain lain pun takan lari terlalu jauh normal my bill is 150sumthing but bulan Ni hampir 400 what u can do for me?who wanna pay for this ? My house is using 3phase,” tulis Vincent Wong.
Ada juga segelintir mahu bil elektriknya kembali kepada asal selepas fenomena El Nino berakhir. Sekiranya kadar masih sama, pengguna itu mendakwa TNB sebagai penipu.



Namun TNB melalui laman Facebooknya menjelaskan, peningkatan bil berpunca daripada cuaca panas terik dan kering serta permintaan tertinggi (peak demand) elektrik di Semenanjung Malaysia.

Bacaan meter yang diambil pada Rabu lalu menunjukkan 17,778 MW iaitu peningkatan 37.82 peratus berbanding bacaan pada bulan Januari, 12,906 MW.
TNB juga menyeru supaya sebarang kemusykilan berkaitan kadar tarif elektrik atau plain-lain disalurkan dengan menghubungi pihak mereka bagi mendapatkan penjelasan terperinci. – MYNEWSHUB.CC

