• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, July 18, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hafiz Hamidun Tahu Redza Minhat Sindir Bukunya

oleh AK-47
22/04/2016
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PENYANYI Hafiz Hamidun mengakui dia menyedari status yang dimuat naik pelakon Redza Minhat baru-baru ini yang seolah-olah memerli seseorang menerbitkan buku dengan gambar penuh selfie beserta kata-kata hikmah itu sebenarnya ditujukan buatnya.

BACA: Redza Minhat Sindir Hafiz Hamidun Terbit Buku Penuh Selfie?

Bagaimanapun, Hafiz atau nama sebenarnya, Mohammad Hafiz Hamidun, 32, memilih mengambil sikap terbuka dalam menerima kritikan semua pihak termasuk golongan artis terhadap bukunya, Cerita Hati.

“Setiap perkara yang kita lakukan, ada orang yang suka dan ada yang tidak. Jadi, saya bersikap terbuka sekiranya ada yang mengkritik mahupun memuji, walaupun antara mereka adalah daripada kalangan selebriti.

“Ia juga memberi pengajaran bagi saya untuk memperbaiki mana-mana kelemahan dalam buku yang dihasilkan itu.

“Sudahlah, tidak perlu besarkan isu ini. Masing-masing berhak melontarkan pandangan mereka. Yang penting, saya bersyukur Cerita Hati berjaya dijual lebih daripada 10,000 naskhah,” katanya kepada BH Online.

Tambahnya, dia tidak mahu isu itu berpanjang kerana dia dan pelakon kacak itu tiada sebarang masalah sebelum ini.

Dalam pada itu, Redza yang dihubungi memberitahu, status berkenaan sekadar pandangan biasa tanpa ditujukan kepada mana-mana pihak.

Sebelum ini pelakon filem Pisau Cukur itu memuat naik status berbunyi, ‘Tempek selfie dengan caption pun boleh cetak jadi buku ke? Seronoknya. But then again, satu page satu perkataan pun boleh jadi puisi. So why not? Apa boleh jual, ‘.

Status itu sekali gus membuatkan orang ramai meneka ianya ditujukan kepada Hafiz Hamidun yang juga dikhabarkan baharu sahaja melancarkan buku berjudul Cerita Hati Hafiz Hamidun yang mengandungi pelbagai koleksi gambarnya selain kata-kata motivasi buat penggemar setianya. – MYNEWSHUB.CC

Tags: hafiz hamidunRedza Minhat
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Pelabuhan Klang, Miri Catat IPU Tidak Sihat Setakat 11 Pagi

Next Post

Bintang Pop, Prince Meninggal Dunia Pada Usia 57 Tahun

Related Posts

Hafiz Menang Saman Kamdar, Mahu Jadi Pengajaran

17/05/2018
0

DISEBABKAN namanya telah disalahgunakan oleh sebuah syarikat tekstil terkenal, penyanyi Hafiz Hamidun mengambil keputusan untuk membawa kes itu ke muka...

Hafiz Hamidun ‘Dirisik’ Ramai Wanita, Tapi…

17/04/2018
0

SEJAK menjalani kehidupan sebagai duda selepas bercerai dengan pengasas Merve Cosmetic, Joy Revfa, penyanyi nasyid terkenal iaitu Hafiz Hamidun tidak...

Next Post

Bintang Pop, Prince Meninggal Dunia Pada Usia 57 Tahun

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd