• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 23, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Fenomena Dr. Zakir Naik Berterusan Di TV Al Hijrah

oleh AK-47
18/04/2016
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

FENOMENA Dr. Zakir Naik akan berterusan di TV Al Hijrah pada setiap Rabu, 10.30 malam mulai 20 April ini.

Program Tonight With Zakir Naik yang bersiaran selama 60 minit, khas menyiarkan ceramah Dr. Zakir Naik yang menyentuh pelbagai isu berkaitan Islam.

Siaran koloborasi TV Al Hijrah dengan Peace TV, United Kingdom ini dilihat mampu melengkapkan lagi usaha meningkatkan tahap kefahaman umat Islam dan bukan Islam mengenai Islam di negara ini.

Peace TV kini memiliki akses kepada 60 juta penonton di lebih 40 negara. Di negara ini, TV Al Hijrah membentuk kerjasama dakwah dengan Peace TV bagi meluaskan lagi perkongsian ilmu dalam konteks debat ilmiah serta naratif sains yg menjadi kekuatan Dr. Zakir hingga diangkat sebagai pendebat ulung Islam.

Selain aktif memenuhi 4000 undangan ceramah dalam senarai jadual kerjanya, Dr. Zakir yang dianugerahkan Tokoh Maal Hijrah 2013 turut dihormati kerana usaha gigihnya melahirkan ramai protege debat setaraf dengannya dalam usaha menyampaikan dakwah Islam secara ilmiah dan konklusif.

Dr. Zakir telah mencetuskan kelangsungan fenomena pendakwahan Islam melalui pencerahan akademik dan perbandingan agama yang dilegasikan pendakwah terkenal dan mentornya, Ahmad Deedat.

Anak kelahiran Mumbai India ini berkelulusan Sarjana Perubatan dan Bedah Universiti Mumbai.

Selain popular melalui Peace TV, ceramah Dr. Zakir secara keseluruhannya sudah ditonton lebih 250 juta kali di media YouTube serta menjadi perkongsian popular di pelbagai platform ruang bual sosial media baharu.

Kemuncak fenomena populariti Dr. Zakir jelas dapat dilihat apabila lebih 100 ribu penonton hadir menyaksikan 5 siri ceramah beliau di Terengganu dan Kuala Lumpur baru-baru ini. – MYNEWSHUB.CC

Tags: TV Al Hijrah
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Dedah Gambar Mayat Anak Lebam, Dakwa Polis Israel Lepas Tangan

Next Post

APMM Tahan 14 Nelayan Vietnam Di Perairan Kelantan

Related Posts

IG Femes Hijabista Kini Melangkah Jadi Selebriti TV

15/03/2018
0

WOW! Kerana memiliki ratusan ribu peminat di IG, lima gadis IG Femes kini berpeluang mencipta nama di platform TV. Program...

Wan Kamaruddin: Edisi Siasat & Apa Kejadahnya!

04/07/2017
0

EDISI Siasat mencipta fenomena tersendiri sekitar tahun 2001 hingga 2005. Program Berita TV dengan orientasi laporan penyiasatan menggunakan kamera tersembunyi....

Next Post

APMM Tahan 14 Nelayan Vietnam Di Perairan Kelantan

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd