• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pakar Ilmu Tafsir, Imam Masjid Nabawi Dijemput Ilahi

oleh AK-47
17/04/2016
dalam Hangat, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

IMAM Masjid Nabawi, Sheikh Muhammad Ayyub, 63, dilaporkan meninggal dunia pada pukul 7 pagi (waktu Madinah), Sabtu.

Berita kematian Muhammad Ayyub yang juga pengajar Ilmu Tafsir di Universiti Madinah disahkan menerusi akaun Twitter allahyarham yang dikendalikan oleh anak lelakinya, @DR_MAyoub yang menulis, “Kita adalah milik Allah, kepadaNya kita kembali. Ya Allah, lindungi kami dari musibah dan gantikan untuk kami sesuatu yang lebih baik dari musibah ini. Telah wafat bapa saya, Sheikh Mohammed Ayub.”

Jenazah allahyarham disolatkan selepas Zuhur hari ini di Masjid Nabawi sebelum dimakamkan di perkuburan Baqi Al Gharqad Madinah.

syaikh-ayyub

syaikh-ayyub-2-696x391

syaikh-ayyub-4

Muhammad Ayyub dilahirkan di Makkah pada 1953. Setelah menamatkan persekolahan allahyarham berhijrah ke Madinah untuk menyambung pengajian sehingga bergelar Sarjana Syariah seterusnya Doktor (Tafsir) di Universiti Madinah.

Pada masa sama allahyarham turut menuntut ilmu dengan ulama-ulama besar. Pada usia 36 tahun allahyarham dilantik menjadi imam Masjid Nabawi pada 1989 hingga tahun 1997.

Kepakaran allahyarham dalam bidang agama dan tafsir membuatkan dirinya diterima baik di Kuwait, Emiriyah Arab Bersatu, Bahrain dan Iran. Sejumlah ulama, termasuk beberapa imam Masjidil Haram dan imam Masjid Nabawi merupakan anak muridnya.

Imam Masjid Nabawi, Syeikh Dr. Muhammad Ayyub sewaktu memberi ucapan di saluran Peace TV.
Imam Masjid Nabawi, Syeikh Dr. Muhammad Ayyub sewaktu memberi ucapan di saluran Peace TV.

Anak lelaki Muhammad Aiyub memberitahu dalam satu wawancara, allahyarham bapanya teringin menjadi imam Masjid Nabawi semula sebelum ajal menjemput dan dengan takdir Allah Taala doa itu terkabul apabila allahyarham kembali diangkat menjadi imam Masjid Nabawi pada 2015.

Selain di Masjid Nabawi allahyarham pernah pernah menjadi imam di Masjid Quba, serta dua lagi masjid yang terletak di luar Madinah iaitu Masjid Alnnabiah dan Masjid Husseini Abdullah di Amman, yang merupakan tempat ibadah yang dibangunkan oleh Nabi Muhammad SAW.

Kefasihan Muhamad Ayyub membaca Al-Quran juga membuatkan bacaannya dikongsikan dan dinikmati umat Islam di setiap ceruk dunia. – MYNEWSHUB.CC

Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kemalangan Maut: Rayer Minta AG Jelaskan Perbezaan Tindakan Undang-Undang

Kemalangan Maut: Rayer Minta AG Jelaskan Perbezaan Tindakan Undang-Undang

02/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer menyokong tindakan tegas yang telah diambil terhadap pemandu kereta dipercayai memandu dibawah...

Penjawat Awam Bekerja Dari Rumah 3 Hari Seminggu, Jarak Rumah Dengan Tempat Kerja Lebih 8 Kilometer

Penjawat Awam Bekerja Dari Rumah 3 Hari Seminggu, Jarak Rumah Dengan Tempat Kerja Lebih 8 Kilometer

02/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Kerajaan mengumumkan kaedaah pelaksanaan Bekerja Dari Rumah (BDR) secara berperingkat bagi pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan susulan konflik...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd