• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 28, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Keluarga Tambi Jiee Yang Pertama Terima Sumbangan Kerajaan

oleh Ahmad Albab
16/04/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUCHING – Keluarga Tambi Jiee, yang terkorban dalam tragedi pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 pada 2014, hari ini menjadi keluarga pertama yang menerima sumbangan sekali bayaran berjumlah USD5,000 dari kerajaan.

Sumbangan disampaikan oleh Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rohani Abdul Karim kepada abang sulung Tambi, Drahman Jiee dan kakak kepada isteri Tambi (Ariza Ghazalee), Madzalina Ghazalee dalam satu majlis ringkas di sini.

Majlis tersebut menyaksikan keluarga Allahyarham Tambi Jiee yang terkorban dalam tragedi tersebut bersama isteri dan empat orang anaknya, menerima jumlah keseluruhan USD30,000.

“Ini merupakan sumbangan ikhlas kerajaan yang diterajui kementerian saya. Pada mulanya jumlah yang dicadangkan hanyalah RM2,000 hingga RM5,000 sahaja, tetapi atas keprihatinan Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) beliau bukan sahaja meluluskan malahan beliau menaikkan jumlah kepada USD5,000,” katanya.

Selain Tambi, 49, tragedi pesawat yang ditembak jatuh dekat sempadan Ukraine-Rusia itu turut mengorbankan isteri Tambi, Ariza Ghazalee, 46, dan empat orang anak mereka Muhammad Afif, 19, Muhammad Afzal, 17, Marsha Azmeena, 15, dan Muhammad Afruz, 13.

Katanya sumbangan kepada 37 lagi waris penumpang dan anak kapal warganegara Malaysia akan diberi dalam masa terdekat secara berperingkat.

Sementara itu, Drahman berkata pihaknya telah menghantar semua dokumen berkaitan baki pampasan kepada peguam yang dilantik MAS pada Januari lepas, dan kini ia sedang diteliti oleh pihak MAS.

“Yang dulu dah terima Advance Compensation Payment (ACP), sekarang kita tunggu pampasan yang ‘final’.

“Tarikh belum dimaklumkan. Dokumen (yang berkaitan) saya sudah hantar kepada lawyer yang di ‘nominate’ oleh MAS Januari lepas,” katanya.

Dalam pada itu Drahman juga berkata pampasan awal daripada MAS sudah diterimanya pada Julai tahun lepas. – BERNAMA

Tags: MH17
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Awang Adek Berhasrat Kembali Aktif Dalam Politik

Next Post

Kerajaan Terengganu Jadikan Nina Grace Anak Angkat

Related Posts

MH17: 2 Warga Rusia, Seorang Warga Ukraine Dihukum Penjara Seumur Hidup

MH17: 2 Warga Rusia, Seorang Warga Ukraine Dihukum Penjara Seumur Hidup

18/11/2022
0

Amsterdam : Mahkamah Daerah The Hague, semalam menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup ke atas dua warga Rusia dan seorang warga...

Keputusan Perbicaraan MH17 Pukul 8.30 Malam Ini Waktu Malaysia

Keputusan Perbicaraan MH17 Pukul 8.30 Malam Ini Waktu Malaysia

17/11/2022
0

AMSTERDAM : Waris mangsa tragedi MH17 mahu pesalah diekstradisi dan menerima hukuman setimpal, selain menuntut mahkamah memperjelaskan peranan Russia dalam...

Next Post

Kerajaan Terengganu Jadikan Nina Grace Anak Angkat

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd