• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Isyana Pendam Hasrat Duet Bersama Siti Nurhaliza

oleh AK-47
16/04/2016
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PENYANYI baharu kelahiran negara jiran, Indonesia, Isyana Sarasvati sama seperti penyanyi lain sama ada tempatan atau luar turut menyimpan hasrat untuk berkolaborasi dengan penyanyi tersohor Malaysia, Datuk Siti Nurhaliza.

Gadis kelahiran Bandung yang berusia 22 tahun ini merupakan antara jutaan peminat Siti di Indonesia yang memendam rasa sedemikian.

Minatnya dalam dalam industri muzik dan Siti bermula sejak di bangku sekolah lagi kerana baginya Siti merupakan seorang yang hebat dan berbakat.

SITI NURHALIZA

“Saya meminati Siti semenjak kecil lagi. Jika diberi peluang untuk berkolaborasi dengan penyanyi di Malaysia, sudah tentu saya mahu memilih Siti kerana dia merupakan seorang penyanyi yang hebat dan berbakat,” kata Isyana kepada sebuah portal hiburan.

Penyanyi muda ini menempa nama dan melonjak popularitinya melalui single berjudul Tetap Dalam Jiwa dalam kalangan rakyat Malaysia dan peminat pemuzik tempatan.

Menurut Isyana kepada portal itu, dia tidak mengetahui bahawa lagunya menjadi siulan ramai kerana waktu itu dia berada di London, United Kingdom.

“Ketika lagu ini popular di Indonesia, saya berada di London. Apabila saya pulang sahaja ke Indonesia, saya menjadi sangat terkejut kerana lagu ini benar-benar menjadi siulan.

“Saya juga bersyukur ketika menerima perkhabaran yang lagu ini mula mendapat tempat di hati peminat Malaysia,” kata Isyana.

Selain mempunyai bakat dalam nyanyian, dia juga mempunyai bakat dalam bermain beberapa alat muzik seperti biola, organ dan saksofon.

12917879_203090716737758_1276747377_n

“Saya memang seorang peminat muzik semenjak kecil, terutamanya muzik klasikal. Selain menyanyi, saya juga boleh bermain alat muzik.

“Saya berharap agar perjalanan muzik saya dapat diterima oleh peminat, bukan sahaja di Indonesia malah di Malaysia,” katanya menutup bicara.

Walaupun masih baru dalam industri seni, namun Isyana telah muncul dengan album sulungnya sekitar tahun lalu iaitu Explore yang turut menampilkan single terkenalnya iaitu Tetap Dalam Hati dan beberapa lagu lain seperti Keep Being You dan Kau Adalah. -MYNEWSHUB.CC

Sumber: Bernama

Tags: Datuk Siti Nurhaliza
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Siti Nurhaliza Mahu Dana Untuk Anak Seni Diwujudkan

23/10/2018
0

KUALA LUMPUR - Penyanyi tersohor negara Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin berharap Bajet 2019 yang akan dibentangkan pada 2 Nov...

Siti Nurhaliza Guna CCTV Intai ‘Buah Hati’

01/08/2018
0

PENYANYI, Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin berkata perasaan rindu sentiasa wujud ketika berjauhan dengan cahaya matanya iaitu Siti Aafiyah yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd