• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Isu RM2.6 Billion Selesai Berikutan Kenyataan Arab Saudi

oleh Ahmad Albab
16/04/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin menyifatkan isu RM2.6 bilion yang melibatkan Perdana Menteri telah selesai susulan kenyataan Menteri Luar Arab Saudi berhubung perkara tersebut.

Khairy yang juga Menteri Belia dan Sukan berkata kenyataan Adel Al-Jubeir yang mengakui sumbangan derma kepada Datuk Seri Najib Tun Razak datang daripada negaranya, sepatutnya menutup semua cerita tidak benar mengenai isu itu selama ini.

“Menteri Luar Arab Saudi telah mengesahkan bahawa ia sumbangan ikhlas yang tidak mahukan apa-apapun balasan. Maka ianya sah.

“Maka isu ini sudah selesai,” katanya kepada media pada majlis merasmikan program Kupas Buku di sini hari ini.

Khairy berkata Pemuda Umno akan bertindak pro aktif memberitahu masyarakat mengenai hakikat perkara tersebut supaya mereka tidak terus terpengaruh dengan propaganda pembangkang yang akan terus memainkan isu berkenaan.

Semalam, Al-Jubeir yang ditemui pemberita selepas pertemuan dua hala dengan Najib di luar Sidang Kemuncak Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) ke-13 di Istanbul mengaku bahawa sumbangan derma kepada Najib memang datang daripada negara itu.

Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali, pada 26 Jan lepas, telah membersihkan Najib daripada sebarang salah laku berkaitan siasatan terhadap SRC International Sdn Bhd dan dana RM2.6 bilion itu yang dikatakan telah dimasukkan ke dalam akaun peribadi perdana menteri.

Sementara itu, Khairy berkata kementeriannya akan merangka satu program menggalak belia negara ini membaca iaitu ‘Read Malaysia’ seperti dicadangkan oleh Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS).

“Ini satu program menarik. Kita akan adakan perbincangan dengan Perpustakaan Negara dan Kementerian Pendidikan untuk menentukan pengisiannya,” katanya.

Katanya kementerian mensasarkan untuk melancarkan program tersebut tahun ini juga memandangkan belia masa kini lebih cenderung membaca posting di laman sosial berbanding membaca buku.

“Baca posting fb, tweeter itu tidak dikira. Itu pun sumber kadang-kadang tidak sahih.

“Jadi budaya membaca buku di kalangan belia perlu disuburkan semula,” katanya.

Program Kupas Buku anjuran GPMS, dengan kerjasama Borders (M) dan Yayasan Kampung Buku Malaysia (YKBM) diadakan selama enam bulan iaitu minggu ketiga setiap bulan bermula 14 Februari lalu di Borders, The Curve, Damansara.

Program ini menampilkan dua pengulas buku terdiri daripada golongan belia profesional dan mahasiswa Institusi Pengajian Tinggi dan ahli GPMS. – BERNAMA

Tags: Khairy Jamaluddin
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

KJ Mohon Akaun UMNO Diaktifkan Semula, “Insya’Allah, I’m Coming Home”

KJ Mohon Akaun UMNO Diaktifkan Semula, “Insya’Allah, I’m Coming Home”

16/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin Abu Bakar memohon agar pemecatan keahliannya dibatalkan dan nombor...

Presiden UMNO Berjaya Bawa Pulang Tokoh-Tokoh – Khairuddin

Presiden UMNO Berjaya Bawa Pulang Tokoh-Tokoh – Khairuddin

16/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Timbalan Pengerusi Majlis Ulama UMNO, Datuk Dr. Khairuddin Takiri menyifatkan gagasan 'Rumah Bangsa' sebagai langkah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd