GRAND Thousand Solution menganjurkan Karnival Usahawan Inspirasi 2016 selama tiga hari bermula 6 Mei di Bazaar Malam Batu Muda, Jalan Ipoh, Kuala Lumpur.



Menurut Penganjurnya, Hisyam Fauzi, matlamat penganjuran karnival adalah ingin memberi ruang kepada usahawan tempatan khususnya yang baru melibatkan diri dalam dunia perniagaan untuk sama-sama mengikuti dan mempelajari teknik-teknik asas perniagaan di samping berhibur bersama keluarga sahabat.
“Sasaran kami untuk karnival ini adalah untuk usahawan baru, part time, dan yang berminat untuk menjalankan perniagaan.
“Selain menjual, usahawan akan diberi ilmu teori dan praktikal tentang perniagaan.
“Antara kategori jualan produk yang dibenarkan adalah seperti jualan makanan dan minuman, pakaian, aksesori, produk kecantikan, kesihatan, perkhidmatan, telco dan juga fesyen hijab,” katanya.
Selain itu, karnival ini juga sarat dengan pelbagai aktiviti dan pertandingan yang boleh disertai daripada pelbagai peringkat umur, antaranya persembahan artis, pertandingan fesyen, pertandingan nyanyian dan permainan tradisional.
Bagi yang berminat untuk menyertai program ini boleh hubungi di talian, 01128824392/ 0122565122/ 0132278411 atau hantarkan email anda di [email protected]. – MYNEWSHUB.CC