• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, February 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rahman Dahlan – Guan Eng Debat Di TV3 Pada 19 April

oleh Ahmad Albab
13/04/2016
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Debat antara Pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional (BN), Datuk Abdul Rahman Dahlan dan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dijadualkan disiarkan secara langsung menerusi slot waktu perdana TV3 pada 19 April.

Ahli Parlimen Seremban, Anthony Loke berkata beberapa pegawai Abdul Rahman memberitahunya bahawa mereka telah membincangkan mengenai perkara itu dengan TV3 dan menetapkan tarikh 19 April ini untuk debat diadakan.

“Kami bersetuju dengan tarikh itu tetapi menetapkan syarat bahawa debat perlu disiarkan secara langsung,” kata Loke, menyatakan bahawa TV3 telah menawarkan untuk menjadi tuan rumah kepada perbahasan itu pada slot waktu perdana di studionya, pukul 9 malam.

RTM pada asalnya menawarkan diri untuk menjadi tuan rumah perbahasan itu, sebelum diminta oleh pihak stesen TV3 untuk menyiarkannya.

Loke yang juga Setiausaha Organisasi DAP berkata pada masa ini, beliau masih tidak dihubungi oleh TV3 dan Abdul Rahman tetapi meneruskan dengan persediaan untuk debat itu.

“Satu-satunya perkara yang kita belum bincang ialah tentang siapa yang akan menjadi moderator dan juga format perbahasan,” katanya.

Beliau menambah, sekurang-kurangnya slot masa satu jam diperlukan untuk menjawab semua soalan, sambil menambah ia akan menjadi baik jika lebih banyak masa boleh diperuntukkan.

Awal minggu ini, Guan Eng dan Abdul Rahman telah berkongsi 15 soalan debat dan Loke mahu debat ini mempunyai masa yang cukup untuk semua persoalan dijawab.

Minggu lalu, Abdul Rahman mencabar Guan Eng untuk berdebat mengenai isu tanah Taman Manggis dan dipersetujui Guan Eng dengan syarat ia diadakan secara terbuka.

Panel khas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagaimanapun, mahu debat dibatalkan kerana siasatan sedang dijalankan mengenai isu itu.

Walau bagaimanapun, Loke berkata ia adalah nasihat semata-mata dan beliau tidak mendengar sebarang kenyataan lanjut daripada SPRM. – The Star/mStar Online

Tags: Lim Guan EngRahman Dahlan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lim Guan Eng Desak Kerajaan Segera Tunaikan 10 Tuntutan Besar

Lim Guan Eng Desak Kerajaan Segera Tunaikan 10 Tuntutan Besar

12/12/2025
0

KUALA LUMPUR, 8 Dis – Ahli Parlimen Bagan yang juga Penasihat DAP, Lim Guan Eng, menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri...

‘Ganti Rugi RM1.35 Juta Kepada Guan Eng Terlampau Tinggi’ – Muhyiddin

‘Ganti Rugi RM1.35 Juta Kepada Guan Eng Terlampau Tinggi’ – Muhyiddin

08/11/2024
0

KUALA LUMPUR – Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin sangat kecewa dengan keputusan Mahkamah Tinggi di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd