• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

‘Ubat’ Untuk P.Ramasamy Daripada Seorang Pengganut Hindu

oleh AK-47
12/04/2016
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

TINDAKAN tidak profesional Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, Prof. Dr. P. Ramasamy menggelar penceramah antarabangsa Dr. Zakir Naik dengan gelaran ‘Syaitan’ nampaknya menerima kecaman hebat khususnya dari masyarakat yang beragama Islam di negara ini.

Beliau bukan sahaja dianggap ‘rasis agama’ oleh segelintir pemerhati politik malah sesetengah individu yang seagama dengannya turut mempersoal sikap kurang ajarnya yang dilihat begitu bersungguh ingin menghalau perceramah yang pernah dianugerahkan Tokoh Maal Hijrah itu.

Walaupun dianugerahkan Professor dan memakai gelaran Doktor, Ramasamy nyata kurang budi bahasa dalam menyampaikan teguran.

Mungkin status Facebook seorang pemuda beragama Hindu, iaitu Risimaran Subramaniyam yang tampil mempertahankan penceramah antarabangsa tersebut boleh jadikan panduan oleh Timbalan Menteri itu akan bagaimana caranya untuk kita meluahkan pandangan terhadap sesuatu isu atau seseorang dengan berhemah.

Menurut Risimaran yang juga merupakan seorang pelajar Psikologi di Universiti Malaysia Sabah, beliau begitu mengagumi Dr. Zakir Naik dan mula mendengar ceramah Dr. Zakir di saluran YouTube sejak doa berumur 14 tahun lagi.

terbaikkk

Kelebihan Dr. Zakir menghafal kitab-kitab seperti Al-Quran, hagavad Gita, Bible The Old & New Testament, Tripitaka serta lain-lain lagi amat dikagumi pemuda ini.

Risimaran mengakui dirinya seorang Hindu sejati yang datang dari keluarga yang berpegang teguh pada ajaran Hindu. Namun begitu beliau turut belajar mengenai agama Islam bagi memahami dan menghormati agama lain.

Menurutnya, ceramah Dr. Zakir amat mudah dan sangat tepat dalam pengisian faktanya, di mana memudahkan pendengar untuk memahami dengan lebih terbuka mengenai Islam.

Oleh itu, berkenaan ceramah Dr. Zakir bertajuk ‘Similarities between Hinduism & Islam’ yang sepatutnya diadakan Ahad ini di Melaka, Risimaran merasa amat berbangga apabila seorang bukan Hindu dapat menghuraikan dengan baik berkenaan agamanya.

Katanya, rakyat Malaysia patut berbangga seorang ulama’ hebat seperti Dr. Zakir sanggup datang ke negara ini.

Selain daripada itu, Risimaran merayu agar jangan ada pihak menghalang orang untuk berdakwah yang mana tugas Dr. Zakir hanya menyampaikan ilmu.

Beliau bukannya menyebarkan ajaran sesat, perlu ditekankan di sini bahawa Dr. Zakir Naik merupakan seorang ulama’ yang ulung, katanya. – MYNEWSHUB.CC

Tags: agama islampenceramahPulau Pinangstatus facebookZakir Naik
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Isu Pajakan Pulau Pinang: Sanusi Tidak Gentar, Takkan Berundur

Isu Pajakan Pulau Pinang: Sanusi Tidak Gentar, Takkan Berundur

13/11/2025
0

ALOR SETAR - Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor menegaskan beliau tidak gentar biarpun terpaksa berdepan laluan...

BJP Melakukan Pembersihan Etnik Ke Atas Masyarakat Islam India 

BJP Melakukan Pembersihan Etnik Ke Atas Masyarakat Islam India 

29/10/2025
0

BJP Melakukan Pembersihan Etnik Ke Atas Masyarakat Islam India  Oleh Mynewshub  Istilah pembersihan etnik merujuk kepada usaha sistematik untuk mengusir,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd