• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lelaki Rompak Wanita OKU Kena Penjara, Sebat

oleh Ahmad Albab
11/04/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

Kota Bharu – Seorang lelaki tergamak merompak barang kemas milik seorang wanita orang kurang upaya (OKU) yang lumpuh bahagian bawah badan dalam kejadian di sebuah rumah di Tawang Bachok, empat tahun lalu.

Bukan sekali, malah dua kali tertuduh, Mohd Hafiah Mohamad, 30, merompak mangsa sama dalam tempoh sebulan.

Bagaimanapun, perbuatan tertuduh itu menerima pembalasan setimpal apabila dia dijatuhi hukuman penjara 11 tahun dan dua sebatan di Mahkamah Sesyen, di sini, semalam.

Hakim Ahmad Bazli Bahruddin menjatuhkan hukuman itu selepas tertuduh, Mohd Hafiah Mohamad, 30, mengaku bersalah terhadap pertuduhan.

Mahkamah memerintahkan hukuman bermula semalam.

Sebelum ini, tertuduh dijatuhi hukuman penjara lapan tahun terhadap kesalahan merompak mangsa yang sama.

Mengikut pertuduhan, tertuduh bersama dua lagi yang masih bebas didakwa melakukan rompakan berkumpulan terhadap Kamariah Mustapha, 55, dengan melarikan seutas rantai leher dan seutus gelang tangan bernilai RM12,000.

Kesalahan dilakukan di sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Beris Gajah Mati, Tawang, Bachok, jam 8.20 pagi, pada 13 Mei 2012.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 395, Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebat jika disabitkan kesalahan.

Berdasarkan fakta kes, ketika kejadian, adik mangsa yang dalam perjalanan ke tempat kerjanya terserempak dengan tiga lelaki yang berada di dalam keadaan mencurigakan dekat rumah mangsa.

Tidak lama kemudian, semua lelaki ini dilihat melarikan diri dengan sebuah kereta jenis Toyota Vios dalam keadaan kelam- kabut.

Adik mangsa kemudian masuk ke dalam rumah dan dimaklumkan, kakaknya disamun oleh lelaki berkenaan yang seorang daripadanya adalah tertuduh.

Terdahulu, tertuduh yang tidak diwakili peguam hanya memohon hukuman ringan dan meminta ia berjalan serentak.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya Norazlinawati Mohd Arshad memohon hukuman berat dan setimpal mengambil kira kesalahan serius dan kepentingan awam.

“Mangsa yang juga OKU mengalami trauma dan kerugian kerana barang kemas tidak diperoleh,” katanya. – myMetro Online

Tags: OKUrompakan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

OKU Rugi Lebih Setengah Juta Terperdaya Tawaran Kerja Tidak Wujud

OKU Rugi Lebih Setengah Juta Terperdaya Tawaran Kerja Tidak Wujud

19/07/2025
0

GEORGETOWN: Pembuat kek yang juga lelaki berstatus orang kurang upaya (OKU) kerugian RM523,350 akibat terperdaya dengan tawaran kerja tidak wujud....

Pemandu Kereta Langgar Veteran Komando, Anak Disahkan OKU Mental

Pemandu Kereta Langgar Veteran Komando, Anak Disahkan OKU Mental

09/03/2025
0

Padang Besar: Pemandu kereta Honda Civic yang disyaki memandu dengan laju sehingga merempuh motosikal dinaiki veteran komando tentera dan anaknya di Jalan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd