• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

3 Maut,Seorang Cedera Parah Kereta Dinaiki Terbabas

oleh Ahmad Albab
10/04/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHARU – Dua lelaki dan seorang wanita maut manakala seorang lagi wanita cedera parah apabila kereta yang dinaiki mereka terbabas di KM8 Jalan Johor Baharu-Kota Tinggi, di sini, awal hari ini.

Ketua Polis Daerah Johor Baharu Selatan ACP Sulaiman Salleh berkata ketiga-tiga mangsa yang meninggal dunia di tempat kejadian itu adalah Leong Den Shen, 22, Tien Kiong Wei, 22, dan Chen Lee Yin, 21, manakala yang cedera parah adalah Teoh Sin Yee, 22.

“Kesemua tiga yang maut adalah penumpang belakang kereta jenis Hyundai Sonata, mangsa yang cedera parah merupakan penumpang hadapan manakala pemandu lelaki, Joseph Ling Zuin Ren, 22, hanya luka di muka, kedua-dua tangan serta kaki,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Sulaiman berkata kejadian berlaku kira-kira 3.30 pagi tadi ketika kesemua mangsa dalam perjalanan dari arah bandaraya Johor Baharu menghala ke Kota Tinggi.

Beliau berkata Ling dipercayai hilang kawalan kenderaannya lalu terbabas sejauh 100 meter ke sebelah kiri jalan dan merempuh tangga jejantas pejalan kaki yang terletak di situ.

Akibat rempuhan itu, katanya, kereta tersebut terbalik dan menyebabkan ketiga-tiga penumpang belakang maut kerana cedera parah di kepala dan badan.

“Kesemua mayat dihantar ke Hospital Sultanah Aminah, di sini, untuk bedah siasat manakala Teoh dan Ling turut dirawat di hospital sama,” katanya sambil menambah kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – BERNAMA

Tags: kemalangan maut
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kemalangan Maut: Rayer Minta AG Jelaskan Perbezaan Tindakan Undang-Undang

Kemalangan Maut: Rayer Minta AG Jelaskan Perbezaan Tindakan Undang-Undang

02/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer menyokong tindakan tegas yang telah diambil terhadap pemandu kereta dipercayai memandu dibawah...

Pemandu Kereta Rempuh Motosikal Di Bawah Pengaruh Alkohol, Dadah

Pemandu Kereta Rempuh Motosikal Di Bawah Pengaruh Alkohol, Dadah

30/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Pemandu kereta jenis Honda City yang merempuh seorang penunggang motosikal hingga menyebabkan kematian pagi tadi dipercayai memandu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd