• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 23, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ada Masyarakat Cina Beralih Sokongan Kepada BN

oleh Ahmad Albab
08/04/2016
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SIBU – Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem hari ini berkata ada dalam kalangan masyarakat Cina di negeri ini sudah beralih sokongan kepada Barisan Nasional (BN) negeri.

Adenan, yang juga pengerusi BN Sarawak berkata, bagaimanapun, persoalan yang timbul sekarang adalah sama ada jumlahnya mencukupi bagi meraih undi untuk kemenangan BN pada pilihan raya negeri ke-11 akan datang.

“Sudah ada dalam kalangan masyarakat Cina yang kini beralih sokongan kepada BN. Persoalannya bukan sama ada adakah ada (yang menyokong BN)… sudah pasti ada.

“Tetapi sama ada jumlahnya mencukupi untuk mencuri undi bagi BN,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri perhimpunan warga kerja KTS Group of Companies di sini hari ini.

Katanya BN perlu berkempen lebih giat untuk memperoleh lebih banyak undi daripada masyarakat Cina untuk memastikan kejayaan.

Ditanya berapa banyak daripada 16 kerusi yang pengundinya majoriti kaum Cina akan dapat dimenangi BN, Ketua Menteri Sarawak itu berkata: “Beberapa … anda tahu apa maksud beberapa itu. Ia bukan bermakna satu atau dua”.

Mengenai bila beliau akan mengumumkan calon langsung BN yang berpotensi daripada Parti Rakyat Bersatu (UPP), selepas beliau mengumumkan calon yang pertama Datuk Dr Jerip Susil yang akan bertanding di kawasan Dewan Undangan Negeri Mambong, Adenan berkata beliau akan berbuat demikian bila tiba masanya.

“Perlu ada pengagihan yang adil. Seorang sudah baik tetapi belum cukup baik. Tetapi saya tidak boleh terlalu cerewet mengenainya (sekarang). Masanya akan tiba untuk saya mengumumkannya,” katanya.

Menurutnya, beliau akan mengumumkan calon bagi DUN Dudong, Bawang Assan dan Meradong sebelum hari penamaan calon.

Mengenai sama ada pengiktirafan sijil peperiksaan ‘Unified Examination Certificate‘ ditawarkan oleh sekolah Cina persendirian akan membawa kepada pemansuhan hak istimewa Bumiputera oleh kerajaan negeri, Ketua Menteri berkata kerajaan tidak berhasrat untuk berbuat demikian kerana ia termaktub dalam perlembagaan negara.

Kira-kira 8,000 warga kerja KTS Group di seluruh negeri menghadiri perhimpunan itu termasuk Pengarah Urusannya, Datuk Henry Lau Lee Kong.

Turut hadir Menteri Kerajaan Tempatan dan Pembangunan Masyarakat Sarawak, Datuk Seri Wong Soon Koh. – BERNAMA

Tags: Adenan Satem
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Lebih 16,000 Pesakit Tibi Di Sabah Sembuh Tahun Lepas

Next Post

“Troll” Bunuh Tatasusila Masyarakat Malaysia

Related Posts

Namakan Lapangan Terbang Kuching Sempena Adenan

05/04/2017
0

KUCHING - Seorang bekas menteri Sarawak, Tan Sri Leonard Linggi Jugah hari ini mencadangkan supaya Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching di...

Watson Nyambek Bantu Calon BN PRK Tanjong Datu

12/02/2017
0

KUCHING - Sokongan padu rakyat dan cetusan semangat terus diberikan kepada calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK)...

Next Post

"Troll" Bunuh Tatasusila Masyarakat Malaysia

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd