• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bauksit: Kerajaan Negeri Pahang Akur Keputusan Kerajaan Pusat

oleh Ahmad Albab
07/04/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BENTONG – Kerajaan negeri Pahang akan akur dengan segala keputusan kerajaan pusat berhubung tempoh moratorium perlombongan bauksit di negeri ini sama ada ia akan dilanjutkan atau sebaliknya selepas tempoh itu tamat 15 April ini.

Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob berkata pihaknya menyerahkan kepada Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar untuk membuat keputusan tentang hal itu termasuk menentukan sama ada aktiviti perlombongan itu akan diteruskan atau dihentikan terus.

“Kami boleh belaka…kalau hendak teruskan boleh (perlombongan bauksit), berhenti pun boleh. Tetapi kalau hendak teruskan mesti untuk kepentingan bersama dan bukannya soal duit tetapi soal kepentingan masyarakat,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyerahkan surat tawaran dan cabutan undi Projek Perumahan Rakyat Dimiliki (PPRM) Simpang Pelangai dekat sini hari ini.

Turut hadir Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Semalam Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar dilaporkan berkata keputusan melanjutkan tempoh moratorium perlombongan itu akan ditentukan pada mesyuarat Kabinet minggu hadapan.

Wan Junaidi berkata kertas kerja mengenai moratorium berkenaan sudah disiapkan untuk dibentangkan.

Mengulas lanjut, Adnan berkata berdasarkan kepada perkembangan semasa dan pembentangan yang dibuat kepada kerajaan negeri, beliau yakin pelaksanaan
prosedur operasi standard (SOP) yang baharu nanti mampu menyelesailan masalah pencemaran alam sekitar disebabkan perlombongan bauksit.

Beliau berkata antaranya kerajaan negeri juga akan menyediakan laluan khas dan pusat pengumpulan bauksit yang sesuai dalam pelaksanaan SOP yang baharu itu.

“Saya mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) dan Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar kerana adakan moratorium ini. Kami nampak Kuantan sekarang ini lain sangat lebih tenang, aman dan tenteram.

“Jadi kalau bauksit diteruskan saya mahu keadaan ini berterusan…kalau sebab bauksit keadaan kembali menjadi kelam-kabut terpulang kepada menteri (Wan Junaidi) untuk membuat keputusan,” katanya.

Dalam pada itu, Adnan berkata kerajaan negeri kini dalam proses mendapatkan peruntukan daripada kerajaan pusat untuk membina litar lumba motosikal di Gambang. – BERNAMA

Tags: bauksit
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Aktiviti Melombong, Eksport Bauksit Boleh Diteruskan

19/02/2019
0

TEMPOH moratorium kegiatan perlombongan dan pengeksportan bauksit dari Pahang yang akan berakhir pada 31 Mac depan tidak akan dilanjutkan, umum...

Perlu Tegas Pastikan Tiada Perlombongan Bauksit Berjalan

11/09/2018
0

KUANTAN - Kerajaan negeri Pahang diminta tegas melakukan penguatkuasaan dalam mengawal selia aktiviti perlombongan bauksit berikutan pengumuman pengeluaran lesen eksport...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd