• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Parlimen Tak Boleh Campuri Urusan Penahanan Rafizi

oleh Ahmad Albab
07/04/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR, 7 April (Bernama) — Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia berkata Majlis Parlimen tidak boleh mencampuri urusan penahanan anggota Parlimen Pandan Rafizi Ramli kerana kuasa polis untuk mengambil tindakan itu diperuntukkan di bawah undang-undang yang digubal Parlimen.

Beliau berkata penahanan Rafizi adalah di bawah bidang kuasa polis iaitu mengikut Seksyen 18 Akta Rahsia Rasmi 1972.

Pandikar Amin menyatakan demikian dalam notis bertulis yang diedarkan di Dewan Rakyat di sini, hari ini.

Rafizi, yang juga Naib Presiden dan Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), ditahan kira-kira 6.20 petang Selasa lepas sejurus keluar dari bangunan Parlimen bagi membantu siasatan berhubung pendedahan dokumen rasmi dan dakwaannya terhadap Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT).

Beberapa anggota Parlimen pembangkang semalam mempertikaikan penahanan Rafizi yang mereka dakwa tidak menghormati institusi Parlimen kerana berlaku ketika Dewan Rakyat sedang bersidang dan mahu Yang Dipertua Dewan Rakyat campur tangan berhubung penahanan itu.

Seksyen 8 Akta itu menyebut “Jika seseorang didapati melakukan kesalahan di bawah Akta ini atau secara munasabah disyaki telah melakukan, atau cuba melakukan, atau akan melakukan, kesalahan itu, dia boleh ditahan tanpa waran tangkap”.

Pandikar Amin berkata Rafizi difahamkan ditahan polis apabila beliau keluar dari pintu utama Parlimen dan penahanan itu bagi maksud menjalankan siasatan terhadapnya bagi mengenal pasti pihak yang melakukan kesalahan di bawah Akta Rahsia Rasmi.

“Sebagaimana Ahli-Ahli Yang Berhormat sedia maklum, Yang Dipertua Dewan Rakyat mempunyai kuasa secara eksklusif untuk mentadbir perjalanan dan pengurusan Dewan Rakyat.

“Ini termasuklah hal-hal keselamatan ahli-ahli Parlimen dan mana-mana orang yang berada di dalam Parlimen dan kawasan sekitarnya dan perjalanan kuasa dan perlindungan yang diberikan kepada ahli Parlimen berserta keistimewaan di bawah undang-undang yang terpakai,” katanya.

Menyentuh sama ada penahanan itu melanggar kuasa dan keistimewaan anggota Parlimen, Pandikar Amin berkata kuasa itu tidak mutlak dan masih tertakluk kepada undang-undang lain yang sedia ada.

Namun demikian, Pandikar Amin berkata makluman mengenai penahanan tersebut sewajarnya dikemukakan kepada beliau selaku Yang Dipertua Dewan Rakyat bagi membolehkan perkara tersebut dimaklumkan kepada Majlis Mesyuarat.

Tambahan pula, katanya, penahanan itu dibuat di luar perkarangan Parlimen yang jelas berhampiran dengan Dewan Rakyat yang sedang bersidang.

“Ini selaras dengan tanggungjawab yang diberikan kepada pihak polis melalui usul di bawah Mesyuarat 1 (e) untuk memastikan keselamatan dan keharmonian Parlimen semasa sidang Dewan Rakyat berlangsung,” katanya. – BERNAMA

Tags: Rafizi Ramli
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Rafizi Persoal Ketepatan Angka Defisit Fiskal Negara

Rafizi Persoal Ketepatan Angka Defisit Fiskal Negara

26/01/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Pandan, Datuk Seri Rafizi Ramli mempersoalkan ketepatan angka defisit fiskal negara dengan alasan bahawa bayaran...

Sprm Nafi Dakwaan Rafizi, Tegas Tidak Diperguna ‘Tekan’ Pemimpin Lawan Kem Izzah

Sprm Nafi Dakwaan Rafizi, Tegas Tidak Diperguna ‘Tekan’ Pemimpin Lawan Kem Izzah

07/12/2025
0

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menafikan dakwaan Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli, bahawa agensi itu digunakan untuk...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd