• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, June 11, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penahanan Rafizi Ikut Landas Undang-Undang Dan SOP

oleh Ahmad Albab
07/04/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar mempertahankan tindakan pegawainya menahan Anggota Parlimen Pandan Rafizi Ramli di luar kawasan Parlimen dua hari lalu, dengan menyifatkan ia dibuat berlandaskan undang-undang sedia ada serta mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

Beliau juga menegaskan ia dibuat setelah polis mendapat pengesahan Ketua Akauntan Negara yang menyatakan dokumen yang didedahkan Rafizi adalah kandungan dokumen kerajaan yang diklasifikasikan sebagai sulit, mengikut Akta Rahsia Rasmi 1972.

“Apa sahaja tindakan yang dilakukan polis semua berlandaskan undang-undang, tidak ada undang-undang yang menyatakan kami tidak boleh menahan individu di mana-mana, kecuali Anggota Parlimen ada imuniti dalam bangunan Parlimen.

“Sudah tentu, kami tidak memilih untuk menangkap orang dalam pekarangan Parlimen tetapi dia ditangkap di luar pekarangan Parlimen. Iaitu di luar pagar selepas balai pengawal.

“Jadi, saya pertahankan tindakan pegawai-pegawai saya dalam melaksanakan tanggungjawabnya. Pengkritik akan terus mengkritik kenapa kita tangkap di situ tetapi itu tidak menjadi hal, selagi ia mengikut SOP dan dalam lingkungan kuasa yang diperuntukkan kepada polis,” katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas penahanan Anggota Parlimen itu pada Selasa lepas.

Khalid berkata semua pihak harus sedar bahawa sebarang pendedahan berhubung dokumen rahsia kerajaan adalah satu perbuatan jenayah serius di sisi undang-undang kerana boleh mengancam keselamatan serta kemakmuran yang dikecapi negara.

“Sekalipun nak dedahkan, ada caranya. Tunggu dulu dokumen ini dibentangkan oleh Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) di Parlimen, selepas itu hendak ulas, ulaslah kerana ia tidak lagi menjadi dokumen rahsia,” katanya.

Penahanan Rafizi yang juga merupakan Naib Presiden dan Setiausaha Agung PKR itu adalah untuk membantu siasatan berhubung dakwaan beliau terhadap Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT).

Perintah reman selama tiga hari ke atas beliau dikeluarkan Mahkamah Majistret Putrajaya semalam. – BERNAMA

Tags: khalid abu bakarRafizi Ramli
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

3.5 Juta Rakyat Malaysia Menghidap Diabetes

Next Post

Tong Sampah Unik Didik Masyarakat Jaga Kebersihan

Related Posts

Rafizi Umum Letak Jawatan Berkuat Kuasa 17 Jun

Rafizi Umum Letak Jawatan Berkuat Kuasa 17 Jun

28/05/2025
0

KUALA LUMPUR: Menteri Ekonomi Datuk Seri Rafizi Ramli mengumumkan sudah menghantar surat peletakan jawatan daripada Jemaah Menteri kepada Perdana Menteri....

Rafizi ‘Tiada’ Di Kongres Nasional PKR Pagi Ini

Rafizi ‘Tiada’ Di Kongres Nasional PKR Pagi Ini

24/05/2025
0

JOHOR BAHRU: Datuk Seri Rafizi Ramli yang tewas dalam saingan jawatan nombor dua PKR malam tadi tidak kelihatan di hari...

Next Post

Tong Sampah Unik Didik Masyarakat Jaga Kebersihan

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd