• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Video ‘Serangan’ Fareeda: Fizo Omar Nafi Ada Insiden Merusuh

oleh AK-47
06/04/2016
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEJAK insiden video serangan tudung Fareeda menjadi viral di media sosial, pengacara Fizo Omar dan isterinya Mawar yang merupakan pengusaha jenama tersebut teruk dihentam netizen.

Untitled
Fizo Omar dan isterinya Mawar

BACA: Tudung Keluaran Terbaru Fareeda Ciplak Idea Jenama Lain?

Ini berikutan, ramai berpendapat jenama itu menggunakan gimik murahan dalam mempromosikan tudung tersebut dan tidak menjaga batas agama kerana membenarkan perempuan dan lelaki berhimpit-himpit.

Lebih panas, selebriti Wardina Safiyyah turut menyelar pengusaha agar tidak melayan pelanggan seperti lembu sekali gus merujuk kepada ‘insiden serangan’ tudung tersebut.

Wardina Saffiyah
Wardina Saffiyah

Dalam pada itu, Fizo Omar yang juga merupakan Ketua Bahagian Pemasaran, Fareeda Global Resources, menafikan tiada sebarang adegan rusuhan ketika jualan berlangsung.

Menurutnya, dia percaya ada pihak tidak bertanggungjawab cuba ‘memanaskan keadaan’, sehingga pengeluar jenama tudung terkemuka Fareeda menerima kecaman luar biasa.

“Tidak, ia langsung tidak se­perti yang dihebohkan oleh mereka. Tidak ada adegan merusuh atau kecederaan.

“Apa yang berlaku, pada kami bukanlah satu isu yang besar pun. Bagaimanapun, saya percaya ada pihak yang cuba campur tangan sehingga perkara ini mendapat perhatian dengan cara yang salah.

“Saya percaya mereka yang mengeluarkan komen di laman sosial itu sebenarnya tidak berada di sana sewaktu hari kejadian, jadi mereka hanya mengambil kesem­patan untuk memanaskan keadaan,” katanya.

Bagaimanapun, penjelasan aktor popular ini seakan tidak selaras dengan apa yang diperlihat menerusi video viral berdurasi 16 saat itu.

fareeda3

Dalam video itu, jelas memperlihatkan ribuan pembeli kelihatan bersesak-sesak hingga sanggup berhimpit-himpit antara lelaki dan perempuan untuk mendapatkan tudung terbaharu.

Malah, ada juga berlakunya adegan pergaduhan kecil antara pelanggan sehinggakan tudung pelanggan ditarik ketika cuba mendapatkan nombor giliran untuk membeli tudung tersebut.

Insiden itu dilaporkan berlaku di pintu masuk cawangan utamanya di Bandar Baru Bangi, Selangor pada Sabtu lalu. – MYNEWSHUB.CC

Tags: fareeda
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tanggungjawab Suami Pertahankan Isteri – Fizo Omar

16/05/2016
0

SETIAP kali dilanda kontroversi dan kecaman daripada pengikut laman sosial, Fizo Omar sentiasa berada di hadapan bagi mempertahankan perniagaan isterinya,...

Isu Viral Tudung Fareeda, Ejen Upah Orang Ambil No Giliran

11/04/2016
0

GARA-GARA video 'serangan ganas' pelanggan jenama tudung terkenal Fareeda yang tersebar baru-baru ini, selebriti Fizo Omar menafikan pihak pengurusan jenama...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd