• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

KJ Mahu Sektor Swasta Taja Sukan Permotoran Negara

oleh Ahmad Albab
05/04/2016
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Penajaan daripada lebih banyak syarikat swasta diperlukan dalam sukan permotoran negara bagi mengembangkan bakat pelumba tempatan di pentas antarabangsa.

Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin berkata tajaan sektor swasta sangat diperlukan khususnya apabila pelumba dapat diketengahkan ke peringkat MotoGP.

“Saya minta lebih banyak syarikat swasta tampil ke hadapan sebab sukan permotoran, kosnya sangat tinggi.

“Oleh itu, apabila pelumba sampai ke tahap berlumba dalam MotoGP, kementerian harap mereka akan dapat bantuan sektor swasta. Saya percaya pulangannya sangat tinggi,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas mengadakan lawatan ke Pusat Khidmat Pulih & Prihatin (CCSC) Kerinchi di sini, hari ini.

CCSC menawarkan program susulan kepada penagih yang telah menamatkan proses pemulihan dalam institusi seperti Pusat Serenti.

Menurut Khairy, bagi Kementerian Belia dan Sukan (KBS), ia lebih memberi fokus kepada program pembangunan bakat.

Malah katanya, pelumba pasukan Drive M7 SIC Racing Team, Adam Norrodin, 17, yang berlumba dalam kelas Moto3 di Kejuaraan Motosikal Dunia turut menerima penajaan daripada KBS.

Khairy berkata KBS telah bekerjasama dengan Sepang International Circuit Sdn Bhd (SIC) menyelaras program pembangunan sukan permotoran sejak tahun lepas dengan dana berjumlah RM2 juta.

Di Grand Prix Argentina, Ahad lepas, pelumba muda negara, Khairul Idham Pawi mencipta sejarah menjadi pelumba pertama negara menjuarai perlumbaan Moto3, manakala Adam hampir menjadikan penamat 1-2 untuk Malaysia sebelum terjatuh di selekoh terakhir dan menamatkan saingan di tangga ke-11. – BERNAMA

Tags: Khairy Jamaluddin
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

KJ Mohon Akaun UMNO Diaktifkan Semula, “Insya’Allah, I’m Coming Home”

KJ Mohon Akaun UMNO Diaktifkan Semula, “Insya’Allah, I’m Coming Home”

16/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin Abu Bakar memohon agar pemecatan keahliannya dibatalkan dan nombor...

Presiden UMNO Berjaya Bawa Pulang Tokoh-Tokoh – Khairuddin

Presiden UMNO Berjaya Bawa Pulang Tokoh-Tokoh – Khairuddin

16/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Timbalan Pengerusi Majlis Ulama UMNO, Datuk Dr. Khairuddin Takiri menyifatkan gagasan 'Rumah Bangsa' sebagai langkah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd