• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tiada Masalah Simpan Duit Di Luar Negara: Ku Li

oleh AK-47
05/04/2016
dalam Hangat, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Aktiviti penyimpanan wang di luar negara atau mana-mana lokasi untuk mengelak daripada pembayaran cukai masih boleh diterima walaupun tidak sah di sisi undang-undang, kata Tengku Razaleigh Hamzah atau Ku Li.

Tokoh Umno veteran tersebut turut menjelaskan bahawa menyimpan wang di institusi kewangan luar negara bagi mengelak daripada membayar cukai merupakan satu tindakan yang normal dalam kalangan ahli perniagaan dan politik.

“Perkara ini bukan baharu sehari dua berlaku. Semua orang tahu kewujudan kemudahan ini dan mereka menyimpan wang mereka di luar negara untuk melindungi harta mereka daripada dikenakan cukai,” kata Ku Li kepada para wartawan yang menemubualnya di luar bangunan Parlimen, hari ini.

“Bukan sahaja ahli politik yang terlibat, malah sesiapa sahaja yang merasakan keperluan untuk menyimpan wang mereka di lokasi tertentu bagi mengelak daripada membayar cukai. Mengapa tidak?” katanya lagi.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Gua Musang merujuk kepada skandal pembocoran maklumat Panama Papers yang menyenaraikan akaun terdiri daripada nama-nama popular seperti pemimpin dunia dan selebriti.

Agensi berita antarabangsa AFP melaporkan, kebocoran besar itu melibatkan 11.5 juta dokumen sekali gus bakal dedah urusan rahsia luar pesisir melibatkan ramai individu ternama arena politik, hiburan, sukan dan sebagainya.

Ini termasuk akaun milik penasihat-penasihat Presiden Rusia, Vladimir Putin, pemimpin-pemimpin dunia serta ribuan selebriti pujaan ramai antaranya bintang Argentina dan pemain kelab bola sepak Barcelona, Lionel Messi.

Kesemua rekod tersebut diperoleh daripada sumber yang tidak dikenali oleh akhbar harian Jerman, Sueddeutsche Zeitung dan dikongsi media di seluruh dunia me­lalui Konsortium Wartawan Penyiasatan Antarabangsa (ICIJ).

“Saya tidak mengatakan bahawa tindakan mereka itu tidak salah tetapi jika mereka merasakan tindakan itu boleh menjimatkan duit mereka, jadi jimat lah,” kata Ku Li yang pernah berpengalaman menjadi Menteri Kewangan.

Apabila disogok pertanyaan sama ada negara ini mempunyai undang-undang bagi mengelakkan perkara itu daripada berlaku, beliau berkata bahawa Malaysia telahpun menggubal undang-undang yang lengkap merangkumi segala aspek.

Jadi, apakah aktiviti itu sah di sisi-sisi undang-undang?

Jawab Ku Li:”Ini bukan soal sah atau tidak, soalnya adakah aktiviti itu dijalankan secara teratur.”

“Sesetengah orang berjaya mencapai matlamat mereka dengan bantuan kemudahan (penyimpanan wang di luar negara), jadi tidak ada salahnya bagi saya.”

Bagaimanapun, Tengku Razaleigh menekankan bahawa pihak kerajaan perlu memantau isu tersebut.

“Demi ketelusan dan tadbir urus yang baik, saya rasa kita patut ambil tahu,”katanya lagi, sebelum menyifatkan laporan yang dikeluarkan pihak ICIJ sebagai “tergesa-gesa.”

Tambah Ku Li lagi, setiap individu yang melanggar undang-undang tidak akan terlepas daripada menerima hukuman setimpal.

“Tiada siapa yang terkecuali daripada undang-undang. Jika seseorang itu melanggar peraturan, dia akan dikenakan tindakan, begitu juga dengan saya.”-MYNEWSHUB.CC

Tags: panama papersTengku Razaleigh Hamzah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Ku Li Letak Jawatan Pengerusi Jemaah Penasihat UMNO

22/09/2021
0

SHAH ALAM - Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah meletakkan jawatan sebagai Pengerusi Jemaah Penasihat UMNO berkuat kuasa Isnin...

“Berdoalah Agar Gaji Mereka Dibayar Separuh Dari Kabinet Mahiaddin”

30/08/2021
0

KUALA LUMPUR - Ketika pengumuman kabinet baru oleh Ismail Sabri Yaakob hari ini terus berdepan dengan kesangsian sesetengah pihak, seorang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd