• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Panama Papers: Penyiasatan Bermula, China Sekat Akses

oleh AK-47
05/04/2016
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PIHAK berkuasa antarabangsa telah membuka penyiasatan memantau aktiviti individu-individu terkaya dan paling berpengaruh di dunia setelah pembocoran maklumat daripada firma guaman Mossack Fonseca yang berpusat di Panama menunjukkan bukti salah laku menggunakan struktur pensyarikatan luar pesisir.

Panama Papers telah mendedahkan aturan kewangan ahli politik dan tokoh masyarakat berprofil tinggi, di samping syarikat-syarikat dan institusi kewangan yang digunakan mereka untuk melakukan aktiviti menyembunyikan harta bagi mengelakkan pembayaran cukai.

Antara nama yang tersenarai dalam dokumen-dokumen sulit itu termasuklah rakan-rakan rapat Presiden Rusia Vladimir Putin, ahli keluarga pemimpin China, Britain, Iceland dan Pakistan, serta presiden Ukraine.

Kesemua rekod tersebut diperoleh daripada sumber yang tidak dikenali oleh akhbar harian Jerman, Sueddeutsche Zeitung dan dikongsi media di seluruh dunia me­lalui Konsortium Wartawan Penyiasatan Antarabangsa (ICIJ).

Berikutan laporan tersebut, China telah bertindak menyekat akses setempatnya daripada liputan skandal pembocoran maklumat terbesar dunia ini, dengan mengeluarkan kenyataan melalui media rasminya bahawa laporan Barat bersifat berat sebelah terhadap pemimpin bukan Barat.

Perancis, Australia, New Zealand, Austria, Sweden dan Belanda merupakan antara negara-negara yang telah memulakan penyiasatan, sementara negara-negara lain termasuk AS berkata mereka masih mempertimbangkan sama ada mahu menjalankan penyiasatan terhadap kes pembocoran maklumat tersebut ataupun tidak.

Dokumen-dokumen daripada sekitar 214,000 akaun luar pesisir meliputi tempoh hampir 40 tahun itu datang dari Mossack Fonseca yang mempunyai rangkaian pejabat di lebih 35 negara.

Selain itu, seramai 12 pemimpin dunia atau bekas pe­mimpin dinamakan dalam siasatan itu termasuk Perdana Menteri Pakistan, Nawaz Sharif; Pre­siden Ukraine, Petro Poroshenko dan beberapa pemerintah Asia Barat. - MYNEWSHUB.CC

Tags: panamapanama papers
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Rangka Dugong Bertaring Ditemui Di Panama

17/03/2019
0

BANDAR PANAMA - Sepasukan penyelidik telah menemui fosil spesies dugong purba yang bertaring panjang berusia 20 juta tahun di Lembah...

Jumlah Korban Taufan Michael Cecah 17 Orang

14/10/2018
0

PANAMA CITY - Jumlah kematian akibat Taufan Michael meningkat kepada 17 orang semalam, tiga hari selepas ia melanda Florida susulan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd