• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sharifah Shahirah Sah Hamil Anak Keenam

oleh AK-47
05/04/2016
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PELAKON dan pengacara popular, Sharifah Shahirah mengesahkan dirinya sedang hamil anak keenam dan usia kandungannya sudah mencecah dua bulan.

Menurut Sharifah Shahirah atau mesra disapa Shirah, 42, berita gembira itu diketahui sejurus selepas dia pulang dari mengerjakan umrah hujung Februari lalu.

6-Sharifah-Shahirah-Sahkan-Hamil-Dua-Bulan-jpeg

3-Sharifah-Shahirah-Sahkan-Hamil-Dua-Bulan-jpeg

“Alhamdulillah, saya tidak sangka hamil sekali lagi selepas kali terakhir pada tujuh tahun lalu. Saya dan suami sangat gembira dan terharu.

“Lebih istimewa apabila khabar gembira itu saya peroleh selepas pulang dari mengerjakan umrah bersama keluarga,” katanya kepada Harian Metro.

Pada masa yang sama, isteri kepada pelakon Ijoy ini mengakui ada timbul kerisauan dalam dirinya kerana hamil di usia 40-an dan telah mendapatkan nasihat doktor.

“Saya berasa seperti hamil anak sulung sebabnya sudah lama tidak melalui situasi ini. Tentu saja saya teruja nak melalui detik sedemikian.

“Apa pun saya perlu lebih berhati-hati kerana bukannya muda lagi. Apa pun, doakan semoga segalanya dipermudahkan Allah,” katanya kepada Harian Metro.

Sementara itu, bertanya perihal jantina anaknya, pasangan ini mengimpikan anak lelaki.

Hasil perkahwinan bersama Ijoy, mereka dikurniakan tiga cahaya mata, Airell, 12, Airra, 9, dan Audrra, 7, dan sekali keguguran.

Shirah juga mempunyai seorang anak lagi perempuan, Allisya, 18, hasil perkahwinan pertamanya bersama bekas suami iaitu Jatt (Black Dog Bone). – MYNEWSHUB.CC

Tags: SHARIFAH SHAHIRAH
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Sharifah Shahira Melenting, Sindir AME 2019

23/04/2019
0

KUALA LUMPUR - Penyampai radio Suria FM, Sharifah Shahirah melenting di laman Instagramnnya kerana mendakwa tidak diberikan tempat duduk sehingga...

Sheira Tak Mahu Anak Guna Namanya Sebagai Jalan Mudah Masuk Industri

07/10/2018
0

PELAKON dan penyampai radio Suria FM, Shiera mengakui tidak mengalakkan anak-anak mengunakan namanya sebagai jalan mudah untuk mendapatkan sesuatu pekerjaan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd