• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sambutan Hari Keputeraan Raja Perlis Ke-73 Dimeriah Dengan Pelbagai Acara Sukan

oleh Ahmad Albab
04/04/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

TOKYO – Sambutan ulang tahun keputeraan ke-73 Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail pada 17 Mei ini bakal dimeriah dengan pelbagai acara sukan.

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah acara utama merupakan Perlis Marathon 2016.

“Perlis Marathon kali kedua itu pada 29 Mei di Stadium Tuanku Syed Putra, Kangar menawarkan hadiah wang tunai berjumlah USD116,200 yang dijangka menarik lebih 5,000 peserta dalam dan luar negara.

“Beberapa acara sukan air turut dirancang yang dijangka menyumbang keapda pembangunan industri pelancongan negeri,” titah baginda pada Majlis Makan Malam Apresiasi Josai International University (JIU) anjuran Yayasan Tuanku Fauziah (YTF) di Restoran Malay Asian Cuisine di sini Ahad malam.

Turut berangkat Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil merangkap pengerusi YTF.

Pegawai kanan JIU, Duta Besar Malaysia ke Jepun, Datuk Ahmad Izlan Idris serta ahli lembaga pemegang amanah YTF, Tan Sri Dr Ng Yen Yen dan Datuk M. Rajasekaran turut hadir.

Syed Faizuddin berada di Jepun bagi menyaksikan majlis penerimaan lima pelajar tajaan YTF yang akan mengikuti kursus kepimpinan wanita selama setahun di JIU.

Baginda bertitah Kelab Golf Perlis yang merupakan satu-satunya lapangan golf di Perlis akan menganjurkan dua kejohanan besar iaitu Royal Perlis Celebration (RPC) pada 22 dan 23 April diikuti Perlis Amateur Open dari 5 hingga 8 Mei.

Persatuan Perlis Kuala Lumpur (PPKL) pula akan menganjurkan kejohanan futsal terbuka tahunannya di D’Futsal Center Kangar pada 9 April manakala perlumbaan motosikal lasak Petronas Cub Prix akan diadakan pada 1 Mei, titah baginda.

Menurut baginda, acara lain yang akan diadakan ialah pertandingan woodball, berbasikal dan petanque sepanjang bulan Mei.

Sementara itu, Jabatan Mufti Perlis dengan kerjasama Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis serta beberapa buah yayasan dan badan bukan kerajaan akan menganjurkan ‘Perkampungan Sunnah’ Edisi Ke-3 bertemakan ‘Hadis Sumber Ilmu dan Tamadun’ di Masjid Alwi, Kangar mulai 6 hingga 8 Mei.

Tuanku Syed Faizuddin bertitah tokoh dari Thailand, Brunei, Singapura dan Indonesia akan diundang untuk menyampaikan ceramah pada program tersebut. – BERNAMA

Tags: hari lahirRaja Perlis
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

RUU Mufti WP: Raja Perlis Tak Berkenan Nama Majlis Raja-Raja Digunakan

RUU Mufti WP: Raja Perlis Tak Berkenan Nama Majlis Raja-Raja Digunakan

10/07/2024
1

Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Tuanku Syed Putra Jamalullail bertihah bahawa baginda tidak berkenan nama Majlis Raja-Raja digunakan dalam usaha...

Hafizul Dipercayai Mahu Larikan Diri Ke Makkah Melalui Thailand – Polis

Peniaga Ketam Didakwa Hina Raja Perlis

16/04/2024
0

KANGAR: Seorang peniaga ketam mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen, di sini hari ini atas pertuduhan menghantar komunikasi jelik terhadap...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd