FILEM Ex-Machine, Blade Runner dan A.I telah memberi idea bagaimana Android yang meyerupai manusia hidup bersama di dunia dan melakukan pelbagai perkara sehingga sukar untuk membezakan mereka dengan manusia sebenar.
Walau bagaimanapun, robot dengan kemampuan begitu masih belum dapat dihasilkan oleh teknologi sedia ada dan Jack Ma, seorang jurutera dari Hong Kong tidak sanggup menunggu lagi.
Dia kemudian mula menghasilkan sendiri robot yang mirip dengan manusia sebenar.
Hasilnya, dia mencipta sebuah android menyerupai manusia dan mempunyai rupa mirip pelakon popular Hollywood, Scarlett Johansson.
Jack Ma mengambil masa 18 bulan untuk menyiapkan robot yang diberi nama Mark I itu dan telah menghabiskan sebanyak $50,000 (RM193,277).
Robot tersebut mampu memahami beberapa frasa yang disebut dan boleh tersenyum serta mengenyit mata.
Begitu pun Mark I bukan robot pertama dihasilkan kerana di Jepun, robot menyerupai manusia telah pun digunakan untuk menggantikan penyambut tetamu. – MYNEWSHUB.CC
