• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lubuk Timah Hot Spring Bakal Pusat Pelancongan Kelas Pertama

oleh Ahmad Albab
03/04/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan akan menaik taraf beberapa prasarana di pusat rekreasi Lubuk Timah Hot Spring di Simpang Pulai yang sekali gus akan menjadikannya sebagai pusat pelancongan kelas pertama, kata Menterinya Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz.

Beliau berkata pihaknya akan menaik taraf antaranya jalan masuk ke pusat rekreasi itu sejauh 900 meter, bekalan elektrik dan menambah bilangan chalet.

“Pusat rekreasi air terjun ini cukup baik untuk bermalam manakala pada waktu siang, pengunjung boleh menikmati alam semula jadi seperti air terjun. Setakat ini pusat rekreasi ini mempunyai tujuh chalet.

“Jalan masuk ke pusat ini masih belum ditar dan apabila hujan jalan akan lecak, manakala musim panas jalannya akan berdebu,” katanya kepada pemberita semasa membuat lawatan kerja ke pusat rekreasi itu hari ini.

Beliau berkata pihaknya akan berbincang dengan kementerian lain untuk melaksana kerja menaik taraf pusat pelancongan itu dan ia dijangka siap sebelum Tahun Melawat Perak 2017.

Mohamed Nazri berkata beliau juga akan memaklumkan kepada Tourism Perak untuk mempromosi Lubuk Timah Hot Spring sebagai pusat pelancongan yang wajib dikunjungi.

“Lokasi pusat rekreasi ini adalah strategik kerana ia melalui jalan menuju Cameron Highlands. Sekiranya pengunjung mahu ke Cameron Higlands, mereka boleh singgah ke Lubuk Timah Hotspring,” katanya.

Sementara itu Pengurus Projek Lubuk Timah Hot Spring, Fadzil Akhma Mohd Yusoff berkata pusat rekreasi yang dilengkapi dengan kemudahan itu sedia menerima kunjungan orang ramai dengan bayaran RM3 bagi dewasa dan RM1.50 bagi kanak-kanak.

“Lubuk Timah yang berkeluasan 4.046 hektar menjadi pusat rekreasi keluarga untuk merehatkan badan kerana memiliki keunikan air terjun dan kolam air panas,” katanya. – BERNAMA

Tags: Nazri Aziz
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pelantikan Nazri Dibuat Hampir Setahun Lalu, Kata PM

Pelantikan Nazri Dibuat Hampir Setahun Lalu, Kata PM

11/02/2023
0

KUALA LUMPUR : Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan pelantikan bekas Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz sebagai...

Nazri Aziz Dilantik Duta Ke Amerika

Nazri Aziz Dilantik Duta Ke Amerika

09/02/2023
0

KUALA LUMPUR : Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, berkenan mengurniakan watikah pelantikan kepada 10 Ketua Perwakilan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd