• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, July 11, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kadar GST Kekal, PM Nafi Dakwaan DAP Sarawak

oleh Ahmad Albab
01/04/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MIRI – Kerajaan tidak mempunyai sebarang rancangan untuk menaikkan kadar semasa Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) sebanyak enam peratus selepas Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-11 (PRN).

Malah, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak merangkap Menteri Kewangan memberi jaminan bahawa kadar GST genap setahun dilaksanakan itu akan kekal pada masa ini.

Beliau menyifatkan dakwaan DAP Sarawak bahawa kerajaan akan menaikkan kadar GST kepada sekurang-kurangnya 10 peratus jika Barisan Nasional (BN) menang besar dalam PRN-11.

Semalam, Pengerusi DAP Negeri, Chong Chieng Jen mendakwa langkah itu akan diambil susulan kejatuhan harga minyak dunia dan kehilangan berterusan hasil kerajaan.

“Tidak ada rancangan untuk menaikkan kadar GST di Sarawak atau mana-mana tempat di Malaysia,” kata Najib ketika mengucap pada majlis bertemu rakyat di Kelab Golf & Country Eastwood, di sini, malam ini.

Hadir sama, isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor, Ketua Menteri, Tan Sri Adenan Satem dan isteri, Puan Sri Jamilah Anu serta anggota barisan Kabinet negeri.

Najib berkata walaupun harga minyak jatuh di pasaran dunia, kerajaan akan mencari sumber lain bagi membiayai program pembangunan negara.

Katanya pembangkang cuba mengeksploitasi isu GST bagi membuat rakyat benci terhadap kerajaan.

Beliau mengingatkan rakyat supaya tidak mudah terpengaruh dengan retorik dan propaganda pembangkang bahawa GST membebankan rakyat dan tanpanya kerajaan tidak mampu membina lebih banyak sekolah, hospital atau pusat kesihatan di kawasan pedalaman dan luar bandar di Sarawak.

“Kita tidak mengejar untuk menjadi kerajaan populis. Kami sentiasa cuba melakukan perkara yang betul untuk rakyat,” katanya.

Najib berkata rakyat tidak boleh menukar kerajaan sedia ada secara tidak berperlembagaan menerusi demonstrasi jalan atau pungutan suara tetapi kaedah terbaik ialah menerusi peti undi.

Pada majlis itu, perdana menteri mengumumkan geran kerajaan berjumlah RM350 juta untuk menaik taraf Hospital Miri secara berperingkat di bawah Rancangan Malaysia ke-11.

Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak akan dibubarkan pada 11 April ini bagi membolehkan PRN-11 diadakan. – BERNAMA

Tags: GST
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Najib ‘Disabit’ Kesalahan Dalam Perbicaraan Melalui Media

Next Post

Sarawak Akan Terus Teguh Sokong Kepimpinan Najib

Related Posts

GST Hanya Akan Dilaksanakan Sekiranya Ambang Gaji Minimum Lebih RM3,000 – PM

GST Hanya Akan Dilaksanakan Sekiranya Ambang Gaji Minimum Lebih RM3,000 – PM

13/10/2024
0

PETALING JAYA : Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata negara memerlukan sedikit masa untuk melaksanakan semula Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST)...

Tiada Cadangan Perkenal Semula GST – Timbalan Menteri Kewangan

Tiada Cadangan Perkenal Semula GST – Timbalan Menteri Kewangan

18/07/2024
0

KUALA LUMPUR : Kementerian Kewangan menyatakan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) mampu memberikan kesan fiskal yang lebih cepat berbanding pelaksanaan...

Next Post

Sarawak Akan Terus Teguh Sokong Kepimpinan Najib

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd