• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Nicol Jatuh Ke Kedudukan Kelima Ranking Dunia PSA

oleh Ahmad Albab
01/04/2016
dalam Sukan
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Ratu skuasy negara, Datuk Nicol David jatuh tiga anak tangga kepada kedudukan kelima dalam Ranking Dunia Wanita, Persatuan Skuasy Profesional (PSA) bagi April, yang dikeluarkan hari ini.

Menurut laman sesawang PSA, www.psaworldtour.com, pemain berusia 32 tahun itu mengumpul purata 2,121 mata selepas beraksi dalam sembilan kejohanan, dan kedudukan itu adalah terendah baginya dalam ranking dunia sejak 2004.

Penurunan secara mendadak kedudukannya itu berikutan kegagalan Nicol meraih sebarang gelaran musim ini, dan beliau hanya menjuarai Terbuka Hong Kong pada Disember 2015.

Juara kebangsaan, Delia Arnold kekal di tempat ke-15, manakala Low Wee Wern jatuh tujuh anak tangga kepada kedudukan ke-42, selepas hanya beraksi pada empat kejohanan dalam Jelajah Dunia PSA.

Pemain British, Laura Massaro masih mengekalkan kedudukan teratas untuk empat bulan berturut-turut selepas mengumpul purata 2,909 mata, walaupun hanya meraih satu gelaran musim ini – Kejohanan Kebangsaan British pada Februari.

Nour El Sherbini, 20, yang muncul pemain Mesir pertama meraih gelaran berprestij Terbuka British dalam sejarah 94 tahun kejohanan itu, baru-baru ini, naik tiga anak tangga menggantikan tempat Nicol di kedudukan kedua, selepas mengumpul purata 2,706 mata.

Rakan senegara Nour, Raneem El Welily dan Camille Serme dari Perancis, masing-masing kekal di tempat ketiga dan keempat, selepas mengumpul purata 2,148 dan 2,133 mata. – BERNAMA

Tags: Nicol David
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

“Satu Penghormatan, Terima Kasih Malaysia” – Nicol

03/02/2021
0

KUALA LUMPUR - "Satu penghormatan, sangat gembira yang tidak terkata. Terima kasih Malaysia, di atas sokongan anda," ungkap Datuk Nicol...

PM Ucap Tahniah Nicol Atlet Terunggul Sepanjang Zaman

02/02/2021
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengucapkan tahniah kepada bekas ratu skuasy negara, Datuk Nicol Ann David...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd