PESAWAT United Airlines yang dalam perjalanan ke Jepun terpaksa berpatah balik gara-gara seorang penumpang mengamuk selepas tindakannya mahu melakukan yoga dihalang, pada Sabtu lalu.
Ketika kejadian, lelaki warga Korea Selatan itu dilaporkan enggan berada di tempat duduknya dan mahu ke bahagian belakang pesawat untuk melakukan yoga dan meditasi.
Menurut satu sumber, Hyongtae Pae, 72, yang marah apabila dihalang telah menjerit pada kru kabin dan menolak isterinya.
Insiden itu menyebabkan juruterbang terpaksa berpatah balik ke Lapangan Terbang Antarabangsa Honolulu, Hawaii selepas mendengar jeritan Pae.
Lebih mencemaskan, Pae turut berkelakuan ganas dengan cuba menghantuk kepala dan mengigit kru kabin yang menghalangnya.
Selain itu, Pae dikatakan mengancam ingin membunuh penumpang lain dan menjerit ‘Tuhan tiada’. – MYNEWSHUB.CC

