• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Keganasan Terbaru Di Pattani

oleh Ahmad Albab
01/04/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

Pattani – Seorang terbunuh dan ramai lagi cedera apabila beberapa butir bom meletup dalam keganasan terbaru di selatan Thai semalam.

Kejadian berlaku di daerah Yaring di wilayah Pattani, satu daripada tiga wilayah majoriti penduduk Islam di negara itu.

Antara sasaran ialah dua mesin pengeluar wang automatik (ATM).

Jurucakap tentera berkata, kira-kira 10 bom diletupkan dalam serangan yang menyebabkan seorang orang awam terbunuh dan mencederakan 11 anggota polis.

Orang awam terbabit mati selepas terperangkap dalam letupan berhampiran sebuah kedai gunting rambut.

“Mereka yang terbabit dalam serangan itu mahu menunjukkan mereka masih aktif,” kata timbalan jurucakap Markas Operasi Keselamatan Dalam Negeri, Kolonel Yuthanam Phetmuang.

Belum ada pihak mengaku bertanggung jawab. Bagaimanapun, pihak berkuasa percaya ia dilakukan kumpulan pemisah.

Tentangan terhadap pemerintahan kerajaan pusat di Bangkok wujud sejak puluhan tahun lalu dan memuncak pada 2004.

Lebih 6,500 orang terbunuh sejak itu.

Keganasan semalam menyusuli serangan bersenjata dan bom di Narathiwat, beberapa minggu lalu.

Penduduk selatan Thai yang beragama Islam dan keturunan Melayu mengadu sudah sekian lama ditindas kerajaan yang dikuasai penganut Buddha. – Agensi/myMetro Online

Tags: letupan bomSelatan Thailand
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Cuti Hari Kebangsaan: 20,000 Pelancong Malaysia Bercuti Ke Selatan Thailand

Cuti Hari Kebangsaan: 20,000 Pelancong Malaysia Bercuti Ke Selatan Thailand

02/09/2024
0

PATTANI - Sebanyak 20,000 pelancong dari Malaysia bercuti di Wilayah Selatan Thailand dan menyumbang lebih 100 juta Baht (100 Baht...

2 Rakyat Malaysia Cedera Letupan Bom Di Narathiwat

2 Rakyat Malaysia Cedera Letupan Bom Di Narathiwat

07/05/2024
0

Kota Bharu : Dua rakyat Malaysia antara lapan individu cedera dalam kejadian bom motosikal di Jalan Phu Pha Phakdi, Daerah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd