• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

124 Pusat Internet 1Malaysia Di Sarawak Siap Hujung Tahun Ini

oleh Ahmad Albab
24/04/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA SAMARAHAN – Sejumlah 124 buah Pusat Internet 1Malaysia (PI1M) akan siap di seluruh Sarawak hujung tahun ini, kata Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Jailani Johari.

Beliau berkata kerajaan memperuntukan RM124 juta untuk pembinaan PI1M tersebut dan pusat-pusat ini merupakan tambahan kepada 95 PI1M sedia ada di Sarawak.

Beliau berkata adalah menjadi hasrat kerajaan untuk merapatkan jurang digital antara masyarakat di kampung dan bandar tercapai dengan wujudnya PI1M ini.

“PI1M membolehkan penduduk pedalaman mengakses internet jalur lebar serta menikmati kemudahan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT),” katanya kepada . pemberita selepas merasmikan PI1M di Kampung Sungai Mata di sini hari ini.

Jailani berkata dengan wujudkan PI1M ini, kementerian menerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) akan membuka lebih banyak ejen Pos Malaysia berdaftar bagi memudahkan lagi usahawan dan orang ramai terlibat dalam e-Dagang.

Sementara itu, Jailani berkata menerusi pelbagai usaha dan inisiatif yang dilaksanakan oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) dalam memberikan capaian jalur lebar kepada rakyat di Sarawak telah menunjukkan kejayaan.

“Hasilnya kadar penembusan jalur lebar di Sarawak telah meningkat dari 13.6 peratus pada tahun 2008 kepada 78.3 peratus,” katanya. – BERNAMA

Tags: Jailani Johari
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Jangan Dedahkan Data Peribadi Anda Di Media Sosial

22/04/2017
0

HULU TERENGGANU - Orang ramai sekali lagi diingatkan agar tidak sekali-kali mendedahkan maklumat peribadi mereka di media sosial. Mengingatkan demikian,...

Nilai Semula Akta Tandatangan Digital 1997 – Jailani

07/02/2017
0

CYBERJAYA - Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) diminta menilai semula Akta Tandatangan Digital 1997 yang telah diguna pakai hampir...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd