• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Staf Rayani Air Halau Wartawan, CEO Pekena Roti Canai Kat Bawah

oleh Ahmad Albab
11/04/2016
dalam Hangat, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MYNEWSHUB tiba seawal jam 8 pagi di ibu pejabat syarikat penerbangan Rayani Air yang terletak di Syeksyen 15 Shah Alam untuk meninjau keadaan, susulan sebaran mesej menyatakan Rayani Air akan memulangkan wang kepada pelanggan mereka hari ini.

Sekitar jam 8.30 pagi sudah ramai mula berkumpul untuk mendapatkan kembali wang mereka tetapi pintu pejabat hanya dibuka selepas jam 10 pagi.

Seorang pelanggan mendakwa, dia melihat kakitangan Rayani Air enak menjamu selera di kedai mamak berhampiran sebelum itu tanpa memikirkan pelanggan yang sedang menunggu untuk berurusan.

Seperti pelanggan lain yang jenuh menunggu, dia meluahkan rasa geramnya apabila wakil Rayani Air yang tiba membuka pintu pejabat namun menutupnya semula tanpa membenarkan mereka masuk kerana mahu adakan sesi briefing sebelum berhadapan dengan pelanggan.

f1cd16a6-b15d-4150-9500-b3305104c8e6
Antara wakil Rayani Air yang tiba di ibu pejabat mereka sekitar jam 10 pagi tadi untuk bertemu pelanggan yang mahu mendapatkan semula pulangan wang mereka.

Selepas hampir 15 minit barulah pintu pejabat dibuka semula. Sekali lagi pelanggan yang hadir mengeluh kerana rupanya indah khabar dari rupa, janji mahu pulangkan semula wang mereka ditukar kepada pemberian borang untuk diisi.

Rayani Air Perlu Hingga 6 Bulan Untuk Refund Wang Tiket?

Apabila Mynewshub memperkenalkan diri sebagai pihak media dan cuba mendapatkan beberapa penjelasan, salah seorang wakil Rayani Air mula meninggikan suara dan dengan kasar menghalau keluar dari premis mereka.

Seorang kakitangan lelaki mengherdik wartawan dengan berkata, “Kami tak jemput media pun, kalau nak jumpa juga kena tunggulah, ini bukan press conference.“

Setelah gagal mendapatkan penjelasan Mynewshub pun beredar namun terserempak pula dengan Ketua Pegawai Eksekutif Rayani Air, Ravi Alagendrran bersama beberapa individu dipercayai pengurusan tertinggi syarikat sedang menikmati hidangan di sebuah kedai makan.

64ebf3b0-4bb5-42dd-8a21-99ed7c214641

WhatsApp Bos Rayani Air Rayu Pilot Masuk Kerja Demi Staf Lain

Apa pun Ravi sudah pun merayu pada juruterbangnya menerusi grup mesej WhatsApp, mengakuinya melalui perkongsian screenshot yang tersebar di Facebook dan menjawab beberapa pertanyaan media menggunakan khidmat pesanan ringkas sebelum ini.. jadi mungkinkah beliau juga sedang menjawab isu berkaitan syarikatnya ketika gambar ini dirakam? – MYNEWSHUB.CC

Tags: patuh syariahRayani Airsyarikat penerbangan
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Gangguan Siber Global: Banyak Syarikat Penerbangan, Perkhidmatan Terminal Terjejas

Gangguan Siber Global: Banyak Syarikat Penerbangan, Perkhidmatan Terminal Terjejas

19/07/2024
3

KUALA LUMPUR: Gangguan siber global telah menjejaskan operasi syarikat penerbangan dan perkhidmatan terminal, menyebabkan kelewatan dan gangguan di seluruh dunia....

Kerajaan, Syarikat Penerbangan Bincang Tiket Murah Untuk Pelajar

Kerajaan, Syarikat Penerbangan Bincang Tiket Murah Untuk Pelajar

09/03/2023
0

KUALA LUMPUR : Kerajaan akan mengadakan perbincangan dengan syarikat-syarikat penerbangan bagi menyediakan inisiatif kepada pelajar menikmati tambang kapal terbang lebih...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd