• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, April 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

12 Juta Dokumen, Akaun Rahsia Tokoh Dunia Ada Di Panama

oleh
05/04/2016
dalam Hangat, Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

LONDON – Jika selama ini satu dunia mungkin menyangka Wikileaks yang terkenal dengan pendedahan banyak skandal berprofil tinggi dari seluruh dunia, kali ini laman itu sudah ada pesaingnya yang jauh lebih hebat lagi.

Diasaskan warga Australia, Julian Assange pada 2006 yang kini terpaksa mendapat perlindungan diplomatik di Kedutaan Ecuador di London, Wikileaks hanya memiliki lebih 1.2 juta dokumen rahsia pemimpin ternama global.

Sebaliknya kisah kejayaan satu pangkalan data berpusat di Panama, sebuah negara kecil di tengah benua Amerika mencetuskan sensasi selain kebimbangan maklumat sensitif tersebut jatuh kepada pihak tidak bertanggungjawab.

Agensi berita antarabangsa AFP melaporkan, kebocoran besar itu melibatkan 11.5 juta dokumen sekali gus bakal dedah urusan rahsia luar pesisir melibatkan ramai individu ternama arena politik, hiburan, sukan dan sebagainya.

Ini termasuk akaun milik penasihat-penasihat Presiden Rusia, Vladimir Putin, pemimpin-pemimpin dunia serta ribuan selebriti pujaan ramai antaranya bintang Argentina dan pemain kelab bola sepak Barcelona, Lionel Messi.

panama-papers

Siasatan dilakukan oleh lebih 100 kumpulan media itu berjaya membongkar aset tersembunyi dalam akaun luar pesisir seramai 140 tokoh politik malahan hasil siasatan itu juga antara terbesar seumpamanya dalam sejarah.

Kesemua rekod tersebut diperoleh daripada sumber yang tidak dikenali oleh akhbar harian Jerman, Sueddeutsche Zeitung dan dikongsi media di seluruh dunia me­lalui Konsortium Wartawan Penyiasatan Antarabangsa (ICIJ).

Dokumen-dokumen daripada sekitar 214,000 akaun luar pesisir meliputi tempoh hampir 40 tahun itu datang dari Mossack Fonseca, firma guaman berpangkalan di Panama yang mempunyai rangkaian pejabat di lebih 35 negara.

Antara yang cukup menarik hasil siasatan ICIJ mengenainya sebagai contoh mereka yang pernah rapat dengan Putin secara rahsia menyimpan seba­nyak AS$2 bilion (RM7.7 bilion) melalui pelbagai bank dan syarikat palsu.

Selain itu, seramai 12 pemimpin dunia atau bekas pe­mimpin dinamakan dalam siasatan itu termasuk Perdana Menteri Pakistan, Nawaz Sharif; Pre­siden Ukraine, Petro Poroshenko dan beberapa pemerintah Asia Barat.

Panama-Leaks

Tidak ketinggalan ialah rekod peribadi bintang filem Hong Kong, Jackie Chan dan beberapa selebriti sukan antarabangsa yang turut dikesan memiliki banyak akaun rahsia serta tiada dalam Wikileaks selama ini.

Menurut ICIJ lagi, keluarga Presiden China, Xi Jinping turut mempunyai kaitan dengan beberapa akaun luar pesisir yang tidak didedahkan dan begitu juga mendiang bapa Perdana Menteri Britain, David Cameron.

“Saya fikir skandal kebocoran maklumat ini akan menjadi tamparan terbesar kepada dunia perbankan luar pesisir ekoran dokumen rahsia pelanggan ini yang begitu menyeluruh sifatnya,” kata Pengarah ICIJ, Gerard Ryle.

Salah seorang pengasas firma guaman tersebut, Ramon Fonseca membe­ritahu wartawan AFP bahawa pendedahan dokumen itu sebenarnya satu jenayah, kejahatan besar dan serangan ke atas maruah kedaulatan Panama sendiri.

“Sesetengah negara memang tidak suka Panama kerana kami sangat kompetitif menarik pelaburan dari seluruh dunia membuka akaun rahsia di sini,” katanya mengulas isu kontroversi disebut sebagai Panama Papers tersebut.

– Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Baca: Amitabh Bachchan, Jackie Chan Antara Popular Skandal Panama Papers

Tags: panamaWikileaks
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Rangka Dugong Bertaring Ditemui Di Panama

17/03/2019
0

BANDAR PANAMA - Sepasukan penyelidik telah menemui fosil spesies dugong purba yang bertaring panjang berusia 20 juta tahun di Lembah...

Jumlah Korban Taufan Michael Cecah 17 Orang

14/10/2018
0

PANAMA CITY - Jumlah kematian akibat Taufan Michael meningkat kepada 17 orang semalam, tiga hari selepas ia melanda Florida susulan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd