• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, February 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Putrajaya Catat Kadar Obes Tertinggi Di Negara Ini

oleh Ahmad Albab
02/04/2016
dalam Hangat, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Malaysia mula dikenali di peringkat antarabangsa sebagai negara yang mempunyai penduduk dengan berat badan berlebihan di Asia Tenggara.

Kini, ia terbukti dengan bandar pusat pentadbiran kerajaan di Putrajaya mempunyai kadar tertinggi bagi orang yang mengalami berat badan berlebihan dan obes di negara ini.

Hasil Kajian Morbiditi dan Kesihatan Kebangsaan (NHMS) meletakkan Putrajaya sebagai bandar yang mempunyai peratusan tertinggi bagi berat badan berlebihan, obesiti dan kegemukan di bahagian abdomen.

Kajian turut mendapati populasi di pusat pentadbiran kerajaan itu mempunyai peluang 37 peratus bagi berat badan berlebihan, manakala kadar obesiti pada 43 peratus.

Apa yang lebih mengejutkan, menurut NHMS, kakitangan kerajaan dan separa kerajaan mendorong kepada kadar berkenaan apabila kebanyakan mereka mengalami obesiti, dengan 40.3 peratus.

Ini bermakna dua bagi setiap lima penjawat awam di Malaysia mungkin mengalami obesiti.

Menurut Pejabat Perdana Menteri, terdapat 1.4 juta penjawat awam di negara ini, dan ia merupakan perkhidmatan awam terbesar di Asia Tenggara.

Demografi obesiti lain menunjukkan bahawa kaum India (43.5 peratus) dewasa berkahwin (33.8 peratus) dan mereka yang hanya mempunyai pendidikan di peringkat sekolah menengah (32.1 peratus).

Hasil kajian itu meletakkan kerajaan dalam keadaan yang memalukan kerana ia berperanan untuk menurunkan bilangan rakyat Malaysia yang mempunyai berat badan berlebihan dan mengalami obesiti.

“Dengan bilangan mereka yang mengalami obesiti meningkat, negara kini berdepan dengan lonjakan terhadap penyakit tidak berjangkit seperti diabetis dan penyakit kardiovaskular,” rumusan kajian itu menyifatkan situasi rakyat Malaysia mengalami obesiti merupakan sesuatu yang amat membimbangkan. – mStar Online

Tags: obesitiPutrajaya
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PN Yakin Tawan Semula Putrajaya Pada PRU16

PN Yakin Tawan Semula Putrajaya Pada PRU16

06/09/2025
0

SHAH ALAM - Perikatan Nasional (PN) yakin mampu menawan semula tampuk kuasa di Putrajaya pada Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16)...

50 Peratus Penjawat Awam Di Putrajaya Obesiti – KSN

50 Peratus Penjawat Awam Di Putrajaya Obesiti – KSN

03/08/2024
0

Putrajaya : Masalah berat badan berlebihan atau obesiti membelenggu 50 peratus penjawat awam di Putrajaya, kata Ketua Setiausaha Negara, Tan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd