• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, February 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Wujudkan Lebih Banyak Taman Mini Di Bandar

oleh Ahmad Albab
06/03/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUCHING – Semua pihak berkuasa tempatan disaran menimbang untuk mewujudkan lebih banyak taman mini di kawasan bandar.

Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata langkah itu boleh memupuk budaya amalan gaya hidup sihat, di samping melindungi alam sekitar.

“Saya melihat rakyat Malaysia begitu suka bersenam, berinteraksi atau bersantai di taman mini dan taman besar sedia ada. Sudah tentu kita boleh perbanyakkannya lagi,” kata beliau pada majlis perasmian Hari Landskap Kebangsaan 2016 oleh Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem di sini, Ahad.

Adenan diwakili timbalannya Tan Sri Alfred Jabu.

Abdul Rahman berkata kajian menunjukkan bahawa kawasan hijau di sesebuah bandar memberi kesan positif terhadap kesejahteraan masyarakat.

Katanya, tahun lepas, Majlis Perancangan Fizikal Kebangsaan memutuskan bahawa kawasan hijau (untuk tujuan landskap dan rekreasi) seluas dua hektar perlu disediakan bagi setiap 1,000 orang di negara ini menjelang 2020.

Abdul Rahman berkata, kementerian beliau, melalui Jabatan Landskap Negara, melaksanakan program perintis landskap bandar di lima bandar iaitu Alor Setar, Batu Pahat, Pekan, Tawau dan Bintulu.

Beliau memuji kerajaan negeri kerana komitmennya dalam menubuhkan Taman Botani Sarawak di sini bagi memulihara alam semula jadi serta memperkemaskan lagi program landskap bandar raya Kuching.

Kerajaan persekutuan memberi peruntukan RM10 juta untuk menjayakan program itu. – BERNAMA

Tags: Rahman Dahlantaman
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PRU15: Rahman Dahlan Antara 5 Nama BN Kota Belud

PRU15: Rahman Dahlan Antara 5 Nama BN Kota Belud

14/10/2022
0

KOTA KINABALU : Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan mengesahkan namanya adalah antara lima calon yang...

Rahman Dahlan, Bung Moktar Berdamai Demi PRN Sabah

01/09/2020
0

SHAH ALAM - Ketua Pemuda Barisan Nasional (BN), Datuk Asyraf Wajdi Dusuki mengesahkan perselisihan pendapat di antara Ahli Majlis Tertinggi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd