• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Video Klip ‘Shake Shake You All’ Aura White Dikritik Netizen

oleh AK-47
04/12/2021
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

TIDAK sampai 24 jam dimuat naik di sebuah laman sosial, video klip lagu ‘Shake-Shake You All’ bagi mempromosikan kosmetik Aura White menerima pelbagai kritikan negatif gara-gara dikatakan tidak segah seperti dibayangkan.

Muat naik yang dilakukan Page Facebook Roti Kaya menerusi pautan ‘Shake Shake You All, dengar lebih sekali memang melekat di kepala klip video bertaraf antarabangsa ini  turut menyebabkan aktres Ayda Jebat dan Amyra Rosli yang beraksi di dalamya mendapat tempias.


Video Klip ‘Shake Shake You All’ Aura White… oleh mynewshub

“Ayda Jebat memang over dalam iklan ini Amyra Rosli nampak lebih rileks dari dia, tapi apa nak buat rezeki dia walau ngada ngada pun,” tulis Mawar Berduri.

“Nak tanye dulu ..dalam video ni ada ayda jebat tak? kalau ada aku malas tengok,” kata Yasser Yazid

“Ini antarabangsa celah mana? Aku tengok video klip Ungu tahun-tahun lepas pun lagi baik punya. Bukan nak kecam Malaysia punya video klip tetapi agak-agaklah nak tulis caption ke apa,” kata Nurafida Serbangi.

“Aku ‘shake’ juga budak-budak ini. Nak promote produk ke nak buat video lucah?” komen Muhammad Saiful Rizwan.

“Senang betul buat lagu sekarang. Ulang patah perkataan itu patblas kali dan terhasillah sebuah lagu,” kata Jeha Azizah.

Walau bagaimanapun ada juga netizen yang menegur perbuatan netizen yang gemar mengkritik segala sesuatu hingga boleh menjatuhkan orang lain.

“Aku perhati rakyat Malaysia sekarang ini kuat meroyan. Shake Shake salah, Clever Girl salah, Che Ta salah, semuanya serba salah. Semua nak kecam.

“Mereka semakin ke depan, duit pun makan banyak. Korang tu takuk tu je, mengeluh duit sikitlah, sempitlah. Fikirlah positif sikit dan berusaha ubah diri dan kehidupan semua,” tegur Konsultan Kereta.

Apa pula pendapat anda tentang klip video ini? – MYNEWSHUB.CC

Tags: Aura Whitefacebookmuzik video
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Istana Pahang Kesan Akaun Facebook Palsu, Jana Video AI Menyerupai Al-Sultan Abdullah

Istana Pahang Kesan Akaun Facebook Palsu, Jana Video AI Menyerupai Al-Sultan Abdullah

23/02/2026
0

Kuantan: Istana Pahang menafikan dakwaan Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menawarkan bantuan wang kerajaan kepada orang ramai...

Tony Fernandes Kesal Video Palsu Yang Tular, Bidas Facebook

Tony Fernandes Kesal Video Palsu Yang Tular, Bidas Facebook

24/05/2024
0

Ketua pegawai eksekutif Capital A Bhd, Tony Fernandes membidas Facebook kerana membiarkan video palsu mengenainya menjadi tular. IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd