• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, July 18, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Video: Iklan ‘Malaysia Truly Asia’ Terima Kritikan Netizen

oleh AK-47
19/03/2016
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

VIDEO iklan bagi kempen terbaharu Malaysia Truly Asia yang dimuat naik sejak awal Mac lalu, telah menerima kritikan pedas daripada netizen.

Iklan tersebut pada mulanya dimuat naik di laman Facebook Better Nation Institute dan telah meraih hampir 200,000 tontonan.

Ia memaparkan dua kumpulan pelancong wanita iaitu remaja dan dewasa yang berkunjung ke Malaysia, bertembung antara satu sama lain ketika melakukan pelbagai aktiviti.

Rata-rata netizen menyifatkan iklan tersebut tidak menggambarkan budaya Asia sebenar dan hanya menumpukan kepada gaya hidup mewah.

“Please tell me, i’m not the only one who thinks, this 2016 Tourism Malaysia ad, doesn’t even make sense! (Tolong beritahu saya, adakah hanya saya je yang fikir iklan Tourism Malaysa 2016 tidak masuk akal?),” tulis pengguna Twitter yang menggunakan tweethandle @JohanFKhairuddin.

“Yeah, I have no idea what’s the message here. Come to Malaysia if you have too much money and no idea what to do (Yeah, saya juga tidak faham mesej sebenar yang ingin disampaikan, datang ke Malaysia jika mempunyai wang yang banyak dan tidak ada idea hendak membelanjakannya?)” komen @Fazri.

Bagaimanapun, pendapat ini dibidas oleh netizen lain yang meminta agar rakyat negara ini berfikiran terbuka dan menerima hakikat bahawa iklan tersebut diterbitkan untuk pasaran antarabangsa.

“I dunno, ramai jugak complain but i like it. Trying to appeal to young travelers. Inserting a little bit of girlfriend rivalry (Tak tahulah, ramai jugak yang persoalkan tapi saya suka. Mungkin hendak ditujukan kepada golongan pelancong muds),” kata @nadia_nazir.

Ada juga netizen yang membandingkan iklan tersebut dengan sebuah lagi iklan Tourism Malaysia, Land of Memories yang dianggap lebih tepat mempamerkan nilai Asia malah memenangi tempat kedua Anugerah Multimedia Pelancongan Berlin 2016.

Menurut YouTube rasmi Tourism Malaysia, video tersebut adalah iklan televisyen yang dirakam khas buat pelancong di Asia Selatan. – MYNEWHSUB.CC

Tags: iklan
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Ajak Shiro Jadi Ultraman, Tunai Hajat Adik Hafiq Qayyum

Next Post

Kereta Pencuri Terbakar, Lembu Curi Rentung

Related Posts

TikTok Larang Iklan Politik

TikTok Larang Iklan Politik

01/03/2023
0

PETALING JAYA: TikTok Malaysia tidak lagi membenarkan sebarang bentuk kandungan berbayar yang mempromosikan berkaitan politik dalam platform media sosial berkenaan....

Iklan Tular Keahlian Persatuan Bekas Polis Malaysia Palsu

Iklan Tular Keahlian Persatuan Bekas Polis Malaysia Palsu

21/07/2022
0

Kuala Lumpur : Polis mengesan iklan tawaran palsu keahlian dan penggunaan lambang Persatuan Bekas Polis Malaysia (PBPM) yang menawarkan pelbagai...

Next Post

Kereta Pencuri Terbakar, Lembu Curi Rentung

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd