• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 21, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Usul Rujuk Izzah Ke J’kuasa Hak Dan Kebebasan Bukan Secara Peribadi

oleh Ahmad Albab
31/03/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman Said berkata usul untuk merujukkan anggota Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen bukan dibuatnya secara peribadi, tetapi oleh kerajaan.

Katanya, usul tersebut telah dibahas dan diluluskan Dewan Rakyat pada 3 Dis lepas dan Nurul Izzah sepatutnya menggunakan peluang itu untuk membuat penjelasan bukannya mempolitikkan isu itu.

“Bagaimanapun, saya terikat dengan Peraturan Mesyuarat 85, oleh itu saya tidak boleh memberi sebarang komen terhadap apa-apa perkara yang masih dalam pertimbangan jawatankuasa,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Azalina yang juga anggota Parlimen Pengerang mengingatkan Nurul Izzah bahawa beliau juga terikat dengan peraturan itu dan menasihati Nurul Izzah supaya sedar tentang tugas dan tanggungjawab beliau apabila dipanggil oleh jawatankuasa berkenaan.

Beliau mengulas laporan portal berita tempatan berhubung kenyataan Nurul Izzah mempersoalkan sama ada dirinya akan mendapat keadilan daripada jawatankuasa itu kerana Azalina yang mencadangkan supaya beliau dirujuk ke jawatankuasa berkenaan juga adalah anggota jawatankuasa itu yang bakal menentukan nasibnya.

Naib Presiden PKR itu dirujuk ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen susulan tersebarnya gambar pertemuannya dengan Jacel Kiram, anak perempuan Jamalul Kiram III yang mengarahkan pencerobohan bersenjata di Lahad Datu, Sabah pada 2013.

Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa berkenaan buat kali ketiga pada Selasa lepas berkata pendengaran jawatankuasa itu akan diteruskan pada 6 April. – BERNAMA

Tags: Nurul Izzah
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Cikgu Dibuang Kerja Lepas Gambar Jadi Model Baju Dalam Tersebar

Next Post

Lelaki Disyaki Pengedar Dadah Ditahan Di Alor Setar

Related Posts

PRN: Nurul Izzah Terus Membisu, Serah Pada Pucuk Pimpinan

PRN: Nurul Izzah Terus Membisu, Serah Pada Pucuk Pimpinan

19/07/2023
0

Seberang Jaya : Bekas ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar terus berdiam diri berhubung kedudukannya sama ada akan bertanding...

Pelantikan Nurul Izzah: Kerja Tak Bergaji Nak Makan Apa, Tanya MB Kedah

Pelantikan Nurul Izzah: Kerja Tak Bergaji Nak Makan Apa, Tanya MB Kedah

01/02/2023
0

Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor menganggap Perdana Menteri Anwar Ibrahim "malu-malu" untuk membenarkan anak perempuannya Nurul Izzah dibayar...

Next Post

Lelaki Disyaki Pengedar Dadah Ditahan Di Alor Setar

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd