• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, February 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Usah Beban Guru Dengan Kerja Pentadbiran – Zahid Hamidi

oleh Ahmad Albab
12/03/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BAGAN DATOH – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata guru-guru di negara ini tidak seharusnya dibebankan dengan kerja pentadbiran, sebaliknya menumpukan usaha ke arah akademik dan kerohanian.

Tegasnya tindakan itu perlu dilakukan untuk memperkasakan guru dalam usaha melahirkan pelajar yang bukan sahaja berpendidikan tinggi, malah mempunyai akhlak dan sahsiah yang tinggi.

Malah Ahmad Zahid berkata perkara itu harus dijadikan keutamaan dalam usaha negara mencapai taraf negara maju seperti dikehendaki Pertubuhan Pendidikan, Kebudayaan dan Saintifik Pertubuhan Bangsa Bersatu (UNESCO) iaitu 70 peratus daripada rakyat negara ini mempunyai pendidikan sekurang-kurangnya peringkat diploma.

“Tentunya saya setuju jika guru tidak dibebankan dengan kerja pentadbiran, sebaiknya menumpukan kepada aspek akademik dan sahsiah iaitu keperibadian dan kerohanian agar pembangunan seimbang dapat dikeluarkan dalam sistem pendidikan kita.

“Ini kerana dalam bidang pendidikan, prestasi harus juga diukur kepada kestabilan emosi guru-guru,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Karnival Bola Sepak Piala Timbalan Perdana Menteri dan Anugerah Kecemerlangan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2015 kawasan Parlimen Bagan Datoh di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Perkasa di sini hari ini.

Turut hadir Exco Sumber Manusia, Belia dan Sukan Perak, Datuk Shahrul Zaman Yahya merangkap anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rungkup; Timbalan Ketua Polis Perak, Datuk Hasnan Hassan; Pengarah Pendidikan negeri, Rozi Puteh Ismail dan Pegawai Pendidikan Daerah Hilir Perak, Sulaiman Samsudin.

Bagi mencapai taraf negara maju seperti yang disasarkan pertubuhan dunia itu, Ahmad Zahid berkata adalah penting bagi memastikan sebahagian besar penduduk negara ini mengembleng tenaga untuk mempunyai sekurang-kurangnya diploma, ijazah sarjana muda, sarjana atau doktor falsafah (PhD).

Ahmad Zahid yang juga anggota Parlimen Bagan Datoh berkata sasaran itu turut meliputi usaha menjadikan golongan muda negara ini bukan sekadar berpelajaran tetapi juga berpendidikan, iaitu seimbang pencapaian fizikal dan rohani.

Pada majlis berkenaan, seramai 95 pelajar daripada 11 buah sekolah yang mendapat keputusan cemerlang dalam SPM dan STPM dalam kawasan itu diraikan.

Mereka yang hadir bersama ibu bapa menerima wang tunai RM500 dan sebuah hamper setiap seorang yang disampaikan Ahmad Zahid.

Timbalan Perdana Menteri juga meluangkan masa membawa jentera bagi merasmikan secara simbolik upacara pecah tanah Dewan Terbuka SMK Seri Perkasa. – BERNAMA

Tags: GuruZahid Hamidi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PPP Diterima Kembali Dalam BN – Zahid

PPP Diterima Kembali Dalam BN – Zahid

18/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Parti Progresif Penduduk (PPP) diterima kembali sebagai parti komponen dalam Barisan Nasional (BN). Perkara itu diumumkan Pengerusi BN,...

3 Realiti Utama Politik Negara Perlu Dihadapi UMNO – Zahid

3 Realiti Utama Politik Negara Perlu Dihadapi UMNO – Zahid

16/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menggariskan tiga realiti utama perlu dihadapi UMNO berdasarkan hakikat dan cabaran dihadapi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd