• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Uqasha Dipilih Pegang Watak Utama Kerana VIP?

oleh Ahmad Albab
13/03/2016
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

Pelbagai polemik yang Cik Pang dengar apabila penerbit teater Ombak Rindu, Siti Rohayah Atan memilih Uqasha Senrose untuk menjayakan watak utama sebagai Izzah.

Antara gosip yang sampai ke pende­ngaran Cik Pang kononnya Uqasha dipilih atas kehendak pihak penaja yang membiayai pementasan itu.

Daripada apa yang Cik Pang dengar dan selepas dirisik daripada teman lain, Uqasha dipilih kerana dia antara pelakon yang mempunyai kelapangan waktu untuk menjayakan teater terbabit selepas beberapa senarai nama asal yang ditawarkan untuk menjayakan Ombak Rindu tidak dapat melakukannya kerana terikat de­ngan komitmen lain.

Tapi selepas mengumumkan Uqasha dipilih, gosip bertiup kencang kononnya kakak dramatis popular, Nelydia Sen­rose itu diambil atas arahan penaja yang juga seorang VIP.

VIP itu memberi syarat jika produksi Ombak Rindu mahu dia mengeluarkan sejumlah wang untuk menaja, mereka harus memilih Uqasha sebagai bintang utamanya.

Cik Pang percaya pasti Uqasha sendiri mendengar khabar ini dan sudah tentu dia berasa sedih. Kalau dilayani gosip yang bertiup kencang ini, bimbang ia mengganggu tumpuannya menjayakan Ombak Rindu yang bakal dipentaskan 22 April depan.

Nasihat Cik Pang kepada Uqasha, jangan pedulikan dakwaan yang diperkatakan itu sebaliknya gunakan peluang ini untuk menimba ilmu berlakon di pentas teater.

Tidak semua pelakon hebat dapat peluang ini apatah lagi membintangi drama pentas yang hebat dan diangkat daripada naskhah novel popular.

Buktikan kepada mereka yang menyebar gosip ini bahawa Uqasha dipilih atas bakat dan apabila ia dipentaskan nanti, berikan persembahan terbaik.

Semoga selepas ini Uqasha mampu menjadi pelapis terbaik untuk mewarnai industri pentas teater tempatan. – myMetro Online

Tags: teateruqasha senrose
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kamal, Uqasha Sah Bercerai Talak Satu

Kamal, Uqasha Sah Bercerai Talak Satu

12/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Pelakon Kamal Adli dan Uqasha Senrose sah bercerai talak satu di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur, pada...

Kamal Adli, Uqasha Senrose Rasmi Bergelar Suami Isteri 5 November Lalu

07/12/2021
0

KUALA LUMPUR: Selepas sebulan menyimpan rahsia, akhirnya, pasangan pelakon Kamal Adli dan Uqasha Senrose mengumumkan mereka sudah bergelar suami isteri....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd