• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, February 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

UM Bakal Bina Rumah Komuniti

oleh Ahmad Albab
28/03/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BESUT – Universiti Malaya (UM) menawarkan kepakaran dalam program pembinaan rumah komuniti menggunakan teknologi hijau, untuk mereka yang tidak berkemampuan.

Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Idris Jusoh berkata kepakaran itu adalah pertama kali diperkenalkan di dunia dan Jabatan Kejuruteraan UM mampu membuktikan pembinaan rumah sedemikian tanpa perbelanjaan tinggi dan cepat, melalui pengunaan bahan terbuang serta sumber asli.

Katanya teknologi yang dikemukakan UM itu akan diteliti dan sekiranya sesuai, akan dicadangkan untuk digunakan dalam membantu pembinaan Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) di seluruh negara.

“Ini sebagai usaha Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) menarik penyertaan IPTA dalam program pembangunan komuniti di seluruh negara di masa depan”, kata Idris di majlis penyerahan kunci rumah komuniti kepada Zunaidah Harun, 49, di Kampung Alur Jejawi, Kuala Besut di sini petang semalam.

Rumah yang mempunyai keluasan 600 kaki persegi yang dibina melalui Sistem Pembangunan Industri (IBS) itu dibina pensyarah dan pelajar Politeknik Melaka dan Kota Baharu, Kelantan dalam tempoh kurang daripada sebulan.

Turut hadir, Ketua Pengarah Politeknik Malaysia Datuk Mukhlis Mohd Noor dan Ketua Pengarah Kolej Komuniti Malaysia Datuk Amir Md Noor.

Idris yang juga Anggota Parlimen Besut berkata pihaknya dalam usaha membina 46 lagi rumah komuniti di kawasan itu dan sedang meneliti penglibatan IPTA sebelum diperluaskan ke negeri lain.

Setakat ini, empat rumah komuniti yang dibina dengan kos kurang daripada RM80,000 telah dan sedang dilakukan pelajar politeknik dan kolej komuniti sejak awal bulan lalu di Besut.

Sementara itu, Dekan Fakulti Kejuruteraan UM, Profesor Ir Dr Noor Azuan Abu Osman memberitahu Bernama, pihaknya telah berjaya mencipta bahan pembinaan dengan menggunakan bahan terbuang dan sumber asli melalui kajian selama lima tahun sejak 2011.

Katanya bahan terbuang yang digunakan itu termasuk daripada sisa kelapa sawit yang berjaya dijadikan bahan pembinaan rumah bagi mengantikan batu-bata.

Noor Azuan berkata rumah komuniti itu akan dilengkapi dengan sistem solar bagi mendapatkan tenaga elektrik manakala bekalan air bersih pula akan disalurkan daripada tasik atau sungai berdekatan.

Katanya hasil ciptaan UM itu telah diuji di Kelantan dan Seratok, Sarawak sebelum ini bagi membantu mangsa banjir mendapatkan kemudahan bekalan air dan elektrik. – BERNAMA

Tags: Idris JusohUniversiti Malaya
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

‘Pihak UM Buat Operasi Dalaman Tangani Anjing Liar, Atasi Masalah Kucing Mati Akibat Haiwan Liar’

‘Pihak UM Buat Operasi Dalaman Tangani Anjing Liar, Atasi Masalah Kucing Mati Akibat Haiwan Liar’

10/01/2025
0

KUALA LUMPUR: Pengurusan Universiti Malaya (UM) sudah melakukan operasi dalaman bagi menangani kehadiran anjing liar di kawasan universiti itu susulan...

UMANY Mohon Maaf Kepada Agong

12/11/2020
0

SHAH ALAM - Persatuan Belia Baharu Universiti Malaya (UMANY) memohon maaf kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd