• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tun M Kian Terdesak Hingga Terpaksa Saman PM Pula

oleh
26/03/2016
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA  – Tindakan terkini yang dilakukan oleh Tun Mahathir Mohamad apabila bertindak menyaman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menunjukkan betapa terdesaknya beliau pada masa ini.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr. Salleh Said Keruak ketika mengulas isu tersebut berkata, Mahathir sebelum ini cuba untuk menjatuhkan Perdana Menteri menerusi UMNO, namun ternyata gagal.

“Mahathir kemudian cuba pula untuk mendapatkan undi tidak percaya ke atas Perdana Menteri di Parlimen, itu pun juga gagal. Sekarang, beliau terpaksa mencuba pula nasib dengan menyaman sendiri Najib,” katanya.

Dalam satu kenyataan media, Salleh berkata, segala tuduhan yang dilemparkan Mahathir sebenarnya adalah tidak benar, maka cubaan saman oleh bekas perdana menteri itu pada kali ini pasti juga akan menemui kegagalan sama.

“Beliau (Mahathir) kini sudah tidak mempunyai apa-apa pilihan lagi dan tindakan terbaharu ini menunjukkan Tun M telah ketandusan saluran politik untuk digunakan bagi tujuan menjatuhkan Perdana Menteri,” jelas beliau.

Mahathir dilaporkan menamakan Najib sebagai defendan tunggal dalam writ saman difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, pada Rabu konon atas tuduhan misfeasans atau penyalahgunaan hak sebagai penjawat awam.

Beliau serta mantan Naib Ketua UMNO Bahagian Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan dan bekas ahli UMNO, Anina Saadudin, menuntut agar Najib membayar ganti rugi teladan yang berjumlah RM2.6 bilion.

Ketiga-tiga mantan anggota UMNO itu turut menuntut Najib membayar ganti rugi berpanjangan dalam jumlah sebanyak RM42 juta kepada Kerajaan Malaysia kononnya kerana memungkir fidusiari dalam jawatan awam.

Mereka turut menuntut mahkamah untuk mengisytiharkan bahawa Najib konon sudah melakukan kesalahan salah guna kuasa kedudukannya sebagai Perdana Menteri, Pengerusi Barisan Nasional dan Presiden UMNO.

Sementara itu, Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed dalam reaksinya menyifatkan tindakan terbaharu oleh Mahathir kali ini sebagai satu lagi percubaan untuk meraih publisiti murahan.

Beliau malah turut mempersoalkan apakah ‘locus standi‘ atau kelayakan Mahathir dari segi undang-undang untuk berbuat demikian berikutan isu derma RM2.6 bilion itu langsung tiada kaitan dengan dirinya sendiri.

Malah, Nur Jazlan juga beranggapan bahawa bekas perdana menteri itu memang sengaja berbuat demikian untuk membangkitkan sentimen perasaan kemarahan rakyat berterusan terhadap Najib.

“Apa yang beliau (Mahathir) lakukan ini sebagai satu lagi gimik politik, hanya hendak mendapatkan publisiti sahaja. Kalau dalam sistem mahkamah pun, beliau boleh dianggap sebagai tiada ‘locus standi‘.

“Ini kerana isu sumbangan oleh perderma kerabat Arab Saudi berjumlah RM2.6 bilion itu bukan pun berkenaan dengan beliau,” kata Nur Jazlan ketika ditemui pemberita di lobi Dewan Rakyat pada Rabu.

Ahli Parlimen Pulai itu juga menegaskan sama ada atas nama bekas perdana menteri atau rakyat sekali pun, Mahathir tidak ada keperluan untuk menyaman Najib. – Mynewshub.cc

Tags: Salleh Keruak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Salleh Keruak Tenang, Akur Keputusan PRU14

11/05/2018
0

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak menyifatkan kekalahannya dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) sebagai sesuatu ‘yang...

Berita Palsu: Salleh Bidas Sandiwara Pembangkang

04/02/2018
0

INI fakta…soal penyebaran berita palsu ini bukan hanya merisaukan mereka daripada parti pemerintah tetapi juga mereka daripada parti pembangkang. Lihat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd