• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 19, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Malu Deklarasi Kelantan, Tun M Dakwa Ku Li Dalang Guling PM

oleh
30/03/2016
dalam Hangat, Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Malu terkejut besar lihat musuh lamanya tampil sokong Perdana Menteri, bekas pemimpin negara cuba membuat cerita baharu konon Tengku Razeleigh Hamzah dalang menjatuhkan Datuk Seri Najib Tun Razak.

Dakwaan terbaharu itu dibuat Tun Dr. Mahathir Mohamad yang turut menuduh bahawa beliau didatangi Tengku Razaleigh dan memberikan idea menggulingkan Perdana Menteri menerusi usul undi tidak percaya di Parlimen.

“Kemudian beliau akan menguar-uarkan usul undi tidak percaya dalam kalangan anggota Parlimen dan walaupun beliau mengatakan boleh mendapat undi majoriti anggota Dewan Rakyat, tetapi beliau tidak dapat sebenarnya.

“Beliau tidak buat apa-apa pun. Ku Li (nama panggilan lain Tengku Razaleigh) hanya minta orang lain buat untuk pihak beliau. Beliau suruh saya jumpa orang Sarawak dan saya buat. Saya ikut suruhan dia,” dakwa Mahathir lagi.

Tuduhan konon bekas perdana menteri itu menjadi mangsa yang dipergunakan secara licik oleh Tengku Razaleigh didedahkan sendiri oleh Mahathir tanpa bukti pada sidang media di Yayasan Kepimpinan Perdana, di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas tindakan terbaharu Ku Li dan beberapa pemimpin UMNO Kelantan pada Khamis menandatangani Deklarasi Kelantan bagi menyuarakan sokongan terhadap Perdana Menteri.

ku-li-pm-1

Mantan presiden UMNO itu berkata, Ku Li pernah mencadangkan agar Perdana Menteri diturunkan menerusi usul tidak percaya di Dewan Rakyat, namun kini Ahli Parlimen Gua Musang itu pula berpaling menyokong Najib.

Mahathir seterusnya mendakwa konon perubahan drastik pendirian Ku Li mungkin disebabkan tokoh veteran Kelantan itu merasakan isu seorang pemimpin negara hilang RM42 bilion bukanlah satu perkara yang besar.

“Saya takkan sokong orang macam itu. Tapi saya rasa beliau (Ku Li) sokong. Mengulas lanjut, Mahathir berkata, pengkhianatan Ku Li itu bukan sesuatu luar biasa kerana pernah berbuat demikian beberapa kali sebelum ini.

“Apabila beliau kalah pemilihan, beliau menyaman parti (UMNO) dan keputusannya kemudian parti langsuang diharamkan. Saya terpaksa ambil masa bina semula parti yang berkecai dan beliau pula pergi tubuhkan parti lain.

“Apa yang kita boleh harapkan daripada orang yang macam ini?” soal Mahathir tanpa menjelaskan ketidakhadiran Tengku Razeleigh pada majlis pengumuman Deklarasi Rakyat anjuran beliau dengan pembangkang sebelum itu.

– Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Baca: Ku Li Tandatangani Deklarasi Kelantan Sokong PM

Tags: Tengku Razaleigh Hamzah
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Tahun Melawat Perak 2017: Sasar 500,000 Pelancong Antarabangsa

Next Post

MCPF Cadang Buka Cawangan Di Setiap Daerah Polis

Related Posts

Ku Li Letak Jawatan Pengerusi Jemaah Penasihat UMNO

22/09/2021
0

SHAH ALAM - Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah meletakkan jawatan sebagai Pengerusi Jemaah Penasihat UMNO berkuat kuasa Isnin...

“Berdoalah Agar Gaji Mereka Dibayar Separuh Dari Kabinet Mahiaddin”

30/08/2021
0

KUALA LUMPUR - Ketika pengumuman kabinet baru oleh Ismail Sabri Yaakob hari ini terus berdepan dengan kesangsian sesetengah pihak, seorang...

Next Post

MCPF Cadang Buka Cawangan Di Setiap Daerah Polis

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd