• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

TMJ Ucap Terima Kasih, Kerajaan Beri Dana RM1 Juta Pada JDT

oleh Ahmad Albab
08/03/2016
dalam Hangat, Sukan
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Persekutuan kerana memberi dana penghargaan sebanyak RM1 Juta kepada pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT).

Baginda yang juga Penaung Diraja Persatuan Bolasepak Negeri Johor (PBNJ) dalam pada itu bertitah, baginda berharap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dapat masuk campur dalam isu wang hak penyiaran bagi menyelesaikan pembayaran tertunggak kepada pasukan dalam Liga Malaysia.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada kerajaan pusat di atas dana tersebut.

“Saya lebih gembira jika Perdana Menteri boleh sampaikan sedikit pesanan kepada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan Kevin Ramalingam berkenaan wang hak penyiaran yang masih tertunggak kepada pasukan-pasukan yang bertanding di dalam Liga Super dan Liga Premier.

“Manakah wang RM1 atau RM2 juta yang sepatutnya diagihkan ke setiap pasukan? Sut-sut pegawai FAM dan Football Malaysia Limited Liability Partnership (FMLLP) semakin mahal, tetapi tunggakan kepada pasukan tidak dilunaskan,” titah baginda dalam satu soal jawab seperti dilaporkan laman Facebook Johor Southern Tigers semalam.

Media semalam melaporkan pasukan JDT mendapat suntikan RM1 juta daripada kerajaan pusat atas kejayaannya meraih kejuaraan Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) 2015.

JDT muncul kelab pertama Malaysia dan juga pertama di Asia Tenggara meraih piala itu setelah mengalahkan kelab Tajikistan, FC Istiklol, 1-0 pada perlawanan akhir di Stadium Central Republican Dushanbe, Tajikistan, Oktober lepas.

Dengan sumbangan itu, ia diharap dapat membantu program pembangunan bola sepak negeri Johor.

Sumbangan berbentuk cek daripada kerajaan pusat itu disampaikan oleh Perdana Menteri kepada Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor, Datuk Ismail Karim di majlis perasmian projek hartanah Forest City di Johor.

Tunku Ismail dalam pada itu bertitah, beza antara baginda dengan pesaingnya dalam sukan bola sepak ibarat memandu kereta yang laju.

“Saya seorang yang gemar memandu kereta yang laju dan saya tahu destinasi saya. Mereka pula mahu memandu apa yang saya pandu, tetapi mereka tidak tahu hala tuju mereka,” titah Tunku Ismail. - MYNEWSHUB.CC

Tags: JDTKerajaanTMJ
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Sebagai Rakyat Malaysia Bersyukur Dengan Usaha Dilakukan Kerajaan – Fuziah

Sebagai Rakyat Malaysia Bersyukur Dengan Usaha Dilakukan Kerajaan – Fuziah

01/04/2026
0

KUALA LUMPUR - "Sebagai rakyat Malaysia, kita bersyukur dengan usaha yang telah dilakukan oleh kerajaan demi kestabilan ekonomi negara" Demikian...

JDT Tanpa Kalah 25 Perlawanan Piala Malaysia, Sasar Final Lagi

JDT Tanpa Kalah 25 Perlawanan Piala Malaysia, Sasar Final Lagi

01/04/2026
0

JOHOR BAHRU – Johor Darul Ta'zim (JDT) terus membuktikan dominasi apabila mencatat rekod tanpa kalah dalam 25 perlawanan Piala Malaysia...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd