• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tiada Kebocoran Gas Di Kawasan Gerai Makanan Di Siputeh

oleh Ahmad Albab
05/03/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Pemeriksaan Jabatan Bomba dan Penyelamat mendapati tiada kebocoran gas dikesan berlaku di kawasan sekitar sebuah gerai makanan di Siputeh, Batu Gajah yang menjual makanan dipercayai tercemar dengan bahan kimia jenis Organo Fosfat.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Batu Gajah Halid Md Zin berkata pihaknya menerima panggilan daripada orang awam mengadu terhidu bau gas yang amat kuat di kawasan berkenaan kira-kira pukul 10.40 malam tadi.

Katanya sembilan anggota serta dua pegawai dari Pasukan Unit Pasukan Menangani Bencana Bahan Kimia (Hazmat) Balai Bomba Pasir Puteh dikejarkan ke lokasi untuk membuat pemeriksaan.

“Sebaik sampai ke lokasi berkenaan, pihak bomba mendapati tiada bau gas.

Pengesanan kebocoran gas menggunakan alat khas juga tidak menjumpai sebarang sumber gas bocor,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Berikutan itu, pihak bomba memperluaskan kawasan operasi dalam lingkungan 10 kilometer yang turut meliputi sebuah kilang bateri, ladang serta kawasan perindustrian di Bemban tetapi tetap tidak mengesan sebarang kebocoran gas dan operasi ditamatkan pukul 3.16 pagi tadi.

Setakat Jumaat, 37 orang terdiri daripada 30 lelaki dan tujuh wanita berumur lingkungan dua hingga 71 tahun dirawat di Hospital Batu Gajah (HBG) kerana mengalami muntah dan cirit birit dipercayai keracunan makanan.

Dua puluh empat daripada mangsa kemudian dibenarkan pulang ke rumah masing-masing pada petang hari yang sama, sembilan masih menerima rawatan di HBG, manakala empat disahkan kritikal dan kini dirawat di Hospital Raja Permaisuri Bainun di Ipoh. – BERNAMA

Tags: Bombakeracunan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Bomba Terpaksa Dipanggil Bantu Hantar Lelaki 350kg Ke Hospital

Bomba Terpaksa Dipanggil Bantu Hantar Lelaki 350kg Ke Hospital

31/01/2026
0

ALOR GAJAH: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka membantu menghantar seorang lelaki obes seberat 350 kilogram ke Hospital Alor...

Tiga Daerah Dilanda Banjir Kilat, Bomba Dalam Keadaan Bersiap Sedia

Tiga Daerah Dilanda Banjir Kilat, Bomba Dalam Keadaan Bersiap Sedia

03/10/2025
0

ALOR SETAR: Hujan lebat sejak jam 6 petang tadi menyebabkan beberapa kawasan di negeri ini dilanda banjir. Berdasarkan tinjauan, daerah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd